PENGUNJUNG SETIA

13 April 2009

KABINET YANG TEPAT DAN EFEKTIF

Rasmi...Dato' Abdul Ghani menyiram pokok pada majlis bersama kumpulan Permodalan Nasional Berhad sambil diperhatikan  Presiden dan Ketua Eksekutif PNB, Tan Sri  Hamad Kama Piah Che Othman.
Rasmi...Dato' Abdul Ghani menyiram pokok pada majlis bersama kumpulan Permodalan Nasional Berhad sambil diperhatikan Presiden dan Ketua Eksekutif PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman.


LEDANG, 13 April: Kerajaan negeri Johor menyifatkan saf kepimpinan baru yang dibentuk Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak sebagai sebuah barisan yang tepat dan efektif.
Barisan kepimpinan baru itu mempunyai kekuatan tersendiri berdasarkan komposisi ahli jemaah menteri yang dilantik.

Menteri Besar, Dato’ Abdul Ghani Othman berkata, beliau percaya setiap menteri yang dilantik adalah mereka yang komited dan mempunyai idealisme bagi memimpin kementerian masing-masing.

“Kita yakin bahawa mereka akan berkhidmat demi kepentingan rakyat terbanyak,” katanya kepada media selepas menghadiri program bersama kumpulan Permodalan Nasional Berhad di sini kelmarin.

Abdul Ghani berkata, kerajaan Barisan Nasional yang baru dibentuk ini juga akan menjadi asas penilaian rakyat terhadap pencapaian pilihan raya umum akan datang.

“Menerusi pembentukan kabinet baru ini juga, kita yakin akan dapat meraih semula kepercayaan rakyat terhadap kerajaan,” katanya.

Mengulas berkenaan penggunan indeks petunjuk prestasi (KPI) di kalangan menteri dan kementerian yang diterajui, Abdul Ghani percaya pelbagai bentuk pembaharuan atau inisiatif akan diperkenalkan bagi meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat.

SUMBER: PEJABAT MENTERI BESAR JOHOR

Tiada ulasan: