PENGUNJUNG SETIA

19 April 2009

IPPD LEDANG ANJUR MAJLIS TAHLIL HARI POLIS KE-202

Timbalan Ketua Polis Daerah Ledang, DSP Abu Bakar Esa sedang berucap pada majlis bacaan Yasin dan tahlil sempena Peringatan Hari Polis Ke-202 di Masjid Jamek Bukit Gambir, Ledang. (Foto: AdiSabariman)

LEDANG, 19 April: Sempena Peringatan Hari Polis Ke-202, Ibu Pejabat Polis Daerah Ledang telah mengadakan majlis Bacaan Yasin dan Tahlil di Masjid Jamek Bukit Gambir, malam tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ledang, DSP Abu Bakar Esa dalam ucapannya berkata, IPD Ledang yang baru ditubuhkan masih banyak kekurangannya terutama dari segi logistik.

"Kami amat mengharapkan kerjasama orang awam untuk memberikan maklumat mengenai kejadian jenayah yang berlaku di kawasan mereka untuk diambil tindakan oleh pihak Polis," katanya yang mewakili Ketua Polis Daerah Ledang, Suprintendan Harun Idris pada majlis yang turut dihadiri oleh Ketua Polis serta anggota-anggota Balai Bukit Gambir, Grisek, Sagil dan Sungai Mati serta Pengerusi-pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) sekitar Bukit Gambir.

Menurutnya, pihak Polis dan masyarakat seperti aur dengan tebing yang saling memerlukan antara satu sama lain terutama bagi mencegah dan membanteras kegiatan jenayah di kawasan mereka.

Beliau berharap masyarakat sentiasa berdamping dengan pihak polis terutama dalam membantu menangani masalah jenayah yang berlaku di kampung mahupun pekan.~iNFOLEDANG

Tiada ulasan: