PENGUNJUNG SETIA

16 April 2009

EXCO NEGERI JOHOR TERSELAMAT DALAM KEMALANGAN

JOHOR BAHRU: Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Sumber Manusia, Sains, Teknologi dan Inovasi negeri, M Asojan terselamat daripada maut selepas kereta rasmi yang dipandu pemandunya terbabit dalam satu kemalangan di Kilometer 108, Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Yong Peng, dan mengakibatkan seorang lelaki maut.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.45 pagi tadi, Asojan yang menaiki kereta jenis Proton Perdana V6 bersama dengan pemandu dalam perjalanan dari Muar menghala ke bandar raya ini, apabila sebuah kereta jenis Nissan memotong kenderaannya.

Asojan dan pemandunya tidak mengalami sebarang kecederaan tetapi penumpang kereta jenis Nissan terbabit meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandunya serta dua penumpang di belakang kenderaan terbabit cedera ringan.

SUMBER: BERITA HARIAN, 16 APRIL 2009

Tiada ulasan: