PENGUNJUNG SETIA

16 April 2009

EXCO JOHOR KEMALANGAN, WARGA INDONESIA TERBUNUH

JOHOR BAHARU 15 April - Anggota Exco kerajaan Johor, M. Asojan terlibat dalam satu kemalangan jalan raya yang menyebabkan kematian seorang lelaki Indonesia hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Sumber Manusia, Sains, Teknologi dan Inovasi itu dan pemandunya tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kejadian berlaku di KM108 Lebuh Raya Utara-Selatan berdekatan Yong Peng pada 8.45 pagi ketika Asojan dan pemandunya dalam perjalanan ke sini.

Ia berlaku apabila sebuah kereta jenis Nissan yang bergerak di hadapan kereta Perdana V6 dinaiki Perdana cuba memotong sebuah kereta lain.

Bagaimanapun, kereta tersebut terlanggar bahagian hadapan sebelah kiri kereta Asojan menyebabkannya hilang kawalan lalu melanggar besi penghadang di bahu jalan sebelum terjunam ke dalam parit.

Ketua Trafik dan Ketenteraman Awam Johor, Supt. T. Raveendran berkata, penumpang kereta Nissan warga Indonesia itu mati di tempat kejadian kerana kecederaan teruk di kepala manakala pemandu warga tempatan dan dua lagi penumpang lain cedera ringan.

Ketika dihubungi, Asojan bersyukur kerana beliau dan pemandunya selamat. - BERNAMA

SUMBER: UTUSAN MALAYSIA, 16 APRIL 2009

Tiada ulasan: