|
Fadzli yang berjaya menaikkan udang galah sebanyak 2.6 kilogram membawa pulang wang tunai RM1,000 serta piala.
Menurut Fadzli, dia sama sekali tidak menyangka dapat muncul johan pertandingan yang kali ketiga diadakan itu memandangkan penyertaannya pada dua pertandingan lalu tidak membuahkan hasil.
"Pertandingan ini memang sengit kerana ia bukan sahaja disertai oleh penduduk tempatan malah orang luar yang datang menyertainya pun hebat-hebat belaka," katanya yang bekerja kampung.
Dia berharap penganjuran pertandingan tersebut diteruskan lagi pada masa akan datang memandangkan pelbagai manfaat yang dapat diberikan kepada masyarakat.
Majlis penyampaian hadiah yang diadakan di jeti Kampung Parit Jarum Laut, Bukit Gambir, di sini disempurnakan oleh Ketua Pengarah Penerangan, Datuk Abdullah Murad.
Sementara itu, Abdullah dalam ucapannya melahirkan perasaan bangga kerana pertandingan berkenaan mampu menarik 107 pemancing.
"Sememangnya acara ini akan dijadikan acara tahunan, malah saya berharap ia dapat diperluaskan lagi ke daerah-daerah lain kerana kejayaannya membawa penglibatan bersama masyarakat," katanya.
Katanya, kerjasama erat Pejabat Penerangan Daerah Ledang dan Komuniti Bestari (K-Bestari) bagi menjayakan pertandingan itu adalah usaha terbaik untuk mewujudkan kemesraan antara kerajaan dan rakyat.
Pertandingan tersebut turut dimeriahkan dengan acara sukaneka, pertandingan karaoke, kuih tradisional dan memasak gulai ikan sungai.
SUMBER: UTUSAN MALAYSIA, 22 APRIL 2009
1 ulasan:
mcm kenal je kan mamat tu kan..??
hahahaha!!
Catat Ulasan