TONTON ASTRO AWANI

PENGUNJUNG SETIA

30 Jun 2009

GENERASI MUDA PERLU TAHU SEJARAH PERJUANGAN BANGSA

Oleh Zalifah Mohd Yatim
bhnews@bharian.com.my

Usaha pupuk keharmonian, kesepakatan di kalangan rakyat

TANGKAK: Belia sebagai bakal pewaris kepemimpinan negara, mesti mengambil tahu dan didedahkan dengan sejarah perjuangan bangsa supaya tidak mudah lupa pengorbanan generasi lampau dalam membentuk kesepakatan yang melahirkan keharmonian sehingga kini.

Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman berkata, keharmonian dan kemakmuran yang dikecapi rakyat masa kini adalah hasil usaha yang dilaksanakan kepemimpinan terdahulu berdasarkan prinsip yang dipersetujui bersama.

"Ini jelas terbukti kerana keadilan, keseimbangan dan kesefahaman dalam semua perkara yang dilaksanakan, akhirnya membolehkan setiap rakyat menikmati keharmonian.

"Oleh itu, adalah penting belia yang bakal mewarisi kepemimpinan negara mengambil tahu sejarah," katanya ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Hari Belia Peringkat Johor 2009, di sini, kelmarin, yang dihadiri kira-kira 2,000 belia seluruh negeri.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Belia dan Sukan Johor, Md Jais Sardy dan Presiden Majlis Belia Negeri Johor, Datuk Ramli Ismail.

Pada majlis itu, Pengarah Jabatan Agama Johor, A Rahman Jaffar menerima Anugerah Khas Pemimpin Belia Berjasa dan menerima wang tunai RM3,000, sijil dan trofi, manakala Persatuan Belia Mutiara Kampung Jawa (PBMPJ), Pengerang, Kota Tinggi diumumkan johan kategori Anugerah Perdana Pertubuhan Belia dan menerima wang tunai RM21,000, sijil serta trofi.

SUMBER: BERITA HARIAN, 30 JUN 2009

Tiada ulasan: