PENGUNJUNG SETIA

18 Jun 2009

LELAKI BAWA UBAT BATUK DICEKUP

TANGKAK: Aktiviti seorang lelaki mengambil dan menghantar cecair dipercayai ubat batuk dari Johor Bahru ke Kelantan dengan upah RM20 setong terbongkar apabila dicekup polis, kira-kira tujuh jam selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 172.6 Lebuhraya Utara-Selatan, kelmarin.

Lelaki berusia 37 tahun berasal dari Pasir Mas, Kelantan itu mendakwa diarahkan seseorang untuk mengambil ubat batuk di Johor Bahru sebelum ditahan di sebuah bengkel di Batu 3, Jalan Bakri, Muar selepas tujuh jam melarikan diri dari kawasan kemalangan kira-kira jam 8.15 pagi.

Ketua Polis Daerah Ledang, Superintendan Harun Idris, berkata hasil maklumat orang awam, pihaknya berjaya menjejaki lelaki itu ketika sedang mencari bengkel di sekitar daerah ini.

Menurutnya, pada mulanya, lelaki itu dikatakan memberitahu pengusaha bengkel konon dia berada di Muar untuk mencari mekanik bagi menarik kereta milik ahli keluarganya yang remuk selepas terbabit dalam kemalangan.

“Bertindak hasil maklumat awam, lelaki itu dicekup di sebuah bengkel di Muar ketika mahu menguruskan keretanya,” katanya pada sidang media selepas Majlis Perhimpunan Bulanan di Dataran Ibu Pejabat Polis Daerah Ledang di sini, semalam. Katanya, siasatan awal mendapati lelaki itu mendakwa hanya menguruskan pengambilan dan penghantaran cecair itu dengan diberin upah RM20 setong.

SUMBER: HARIAN METRO, 18 JUN 2009

2 ulasan:

Shayna Rose berkata...

dear blogmaster,
i made a link to ur blog from my blog.
Do tell me if you prefer not to.
Take care.

::BLOGMASTER:: berkata...

S. Suhana Ros: Terima kasih kerana membuat pautan ke blog iNFOLEDANG. Kesudian anda amat dihargai dan dialu-alukan. Terima Kasih Daripada iNFOLEDANG.