PENGUNJUNG SETIA

01 Ogos 2009

INDUSTRI KIMPALAN BERKEMBANG DI DESA

Ditulis oleh Mustiah Tuiman (Gen3/Jelajah Johor)















DENGAN penuh tekun dan teliti Ahmat Puad Sahat, 32, menyiapkan tempahan yang diterimanya diperusahaan kimpalan besi miliknya, di Kampung Kesang Tasik, Ledang.

Beliau tidak mensia-siakan bekas sebuah kilang yang dahulunya menjadi tempat memproses padi, untuk membuka perusahaan industri kimpalan besi secara kecil-kecilan.

Bermula dengan hanya membantu abangnya, kini beliau mampu menjalankan perusahaan sendiri dengan bantuan tiga orang pekerja mahir dan beberapa orang pekerja separuh mahir.

Berbekalkan kemahiran dipelajari selama hampir empat tahun, Ahmat Puad mampu menyiapkan tempahan dalam tempoh singkat.

Hasil kerja tangan beliau mendapat permintaan tinggi dari masyarakat setempat, Segamat dan Melaka. Beliau bercadang untuk menambah satu lagi perkhidmatan iaitu produk aluminium. Gambar Hairul Abu Bakar.

SUMBER: PORTAL KHABAR ORANG JOHOR
MEDKOM.MY, 31 JULAI 2009

Tiada ulasan: