TONTON ASTRO AWANI

PENGUNJUNG SETIA

17 Ogos 2009

ULAR MATA BERSINAR, DIRI TEGAK


MUAR:"Seumur hidup, saya tak pernah melihat ular berdiri tegak, dengan mata bersinar memandang ke arah saya," kata suri rumah, Zanariah Jori, 42, yang terkejut apabila melihat seekor ular tedung sepanjang kira-kira empat meter berdiri tegak dalam bilik air rumahnya di Kampung Parit Kassan, bukit Gambir, Ledang, di sini baru-baru ini.

Katanya, ketika kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, beliau sedang membersihkan sampah di belakang rumahnya apabila secara tiba-tiba ular itu menyusup masuk ke rumahnya melalui pintu belakang.

"Dalam sekelip mata saja ular itu sudah memasuki ruang dapur rumah. Ketika itu suami saya tiada di rumah...saya menggigil ketakutan sambil menjerit memanggil anak lelaki saya, yang ketika itu menonton televisyen dalam rumah memintanya berjaga-jaga kerana ular masuk ke rumah.

"Dalam keadaan ketakutan yang amat sangat, saya sempat memerhatikan ular itu berdiri di tepi bilik mandi dekat mesin basuh dan cuba memanjat tingkap cermin di dinding dapur rumah," katanya ketika ditemui di kampung berkenaan.

Katanya, beliau terkejut ketakutan melihat ular itu berdiri tegak dari jarak kira-kira 50 meter dan tidak berani masuk ke dapur untuk menghalaunya kerana bimbang dipatuk reptilia berbisa itu.

Beliau berkata, anak lelakinya, Mohd Haffizan Tumiran, 16, kemudian bergegas keluar rumah dan memaklumkan perkara itu kepada bapanya, Tumiran Melan, 51, dan orang kampung.

Katanya, Tumiran yang bergegas pulang dan seorang penduduk kampung yang mempunyai senapang patah berjaya menembak ular tedung itu hingga mati.

SUMBER: BERITA HARIAN EDISI JOHOR, 17 OGOS 2009

Tiada ulasan: