Ditulis oleh Zulfikri bin Aman (Selipar Hijau/ Jelajah Johor) |
Ahad, 02 Ogos 2009 00:00 | 76 hits |
BAGI masyarakat Jawa, gemblong sejenis makanan rasanya seperti lemang, merupakan makanan tradisional wajib atau 'mesti ada' apabila mengadakan kenduri kahwin atau majlis- majlis keramaian. Seorang penduduk kampung di Kampung Melayu Raya, Sagil Ledang, yang rajin menyediakan juadah itu, Salbiah binti Said, 44, sebutan gemblong yang disebut dengan dua suku kata iaitu, gemb.. dan long.. menambahkan lagi keunikannya. Lebih-lebih lagi, katanya, kalau tersilap menyebutnya, ia boleh diterjemahkan sebagai gila dalam bahasa Jawa. Juadah itu disediakan dengan mengadunkan pulut, kelapa dan sedikit garam yang dikukus selama 20 minit dan apabila separuh masak, ia ditumbuk sehingga hancur sebelum proses untuk menekan dan meratakannya di dalam acuannya (bekas). Ia kemudian kukus semula selama 10 minit dan siap untuk dihidang. Gambar Norlieza Kadmin. SUMBER: PORTAL KHABAR ORANG JOHOR MEDKOM.MY 2 OGOS 2009 |
Collaboration request
7 bulan yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan