Ditulis oleh Siti Sarah Mohd Azlan (Simba/Jelajah Johor) |
Khamis, 20 Ogos 2009 16:58 | 11 hits |
Estate kecil ala Risda (EKAR) yang diusahakan 70 pekebun di kampung Parit Sialang, Ledang, terbukti memberikan banyak faedah kepada peserta. Program ladang sawit berkelompok seluas 56 hektar itu mendapat pelbagai bantuan daripada Risda termasuk bantuan tanaman semula, pembinaan jalan lading dan jambatan kecil, serta pengangkutan bagi membawa hasil keluar. Projek yang sudah diusahakan sejak 27 tahun lalu itu dijalankan di atas tanah yang asalnya milik Kerajaan Negeri dan kemudiannya dipohon hak milik oleh peneroka kawasan tersebut sejak tahun 50-an, dengan purata pemilikan di antara 1.2 hingga 1.6 hektar seorang. Menurut pengerusi pekebun-pekebun kecil RISDA kampung berkenaan, Osman Siman, 73, projek itu memudahkan peserta mengurus kebun masing-masing. "Dengan bantuan serta khidmat nasihat yang diperolehi daripada RISDA, kami mampu memperoleh hasil pulangan yang maksimum,"katanya. SUMBER: PORTAL KHABAR ORANG JOHOR, MEDKOM.MY |
Collaboration request
7 bulan yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan