PENGUNJUNG SETIA

19 Ogos 2009

KEMPLINGAN: KESENIAN MASYARAKAT JAWA DI JOHOR

Ditulis oleh Hai Rozzaman Jalal
Rabu, 19 Ogos 2009 11:39 |
TABUH…Anggota kumpulan kempling menabuh peralatan untuk menghasilkan kombinasi irama yang menarik dan indah.










TABUH…Anggota kumpulan kempling menabuh

peralatan untuk menghasilkan kombinasi irama

yang menarik dan indah.




















LEDANG : Salah satu kesenian tradisi yang masih bertahan
di Johor adalah kempling. Kesenian yang diwarisi daripada
budaya Jawa ini masih banyak diamalkan di daerah-daerah
Muar, Ledang dan Batu Pahat.

Di Ledang, antara kampung yang masih mempertahankan
kesenian ini ialah Kampung Parit Kassan dan Parit Haji Idris
di Bukit Gambir, Kampung Melayu Raya, Sagil Parit Satu dan
Sagil Parit Dua di Tangkak.

Di samping bertujuan sebagai hiburan, kemplingan juga
berfungsi menghimpunkan masyarakat kampung bagi
memudahkan pertemuan dan mengadakan perbincangan.

Kempling biasanya dipersembahkan dalam majlis tertentu
seperti berkhatan, cukur rambut bayi, perkahwinan
dan majlis keramaian.

Ia dipersembahkan oleh satu kumpulan yang terdiri daripada
kira-kira 10 - 15 orang ahli di mana enam orang daripada
mereka memainkan peralatan kempling.

Peralatan kempling terdiri daripada gendang, kempling, jidur,
karon dan dua buah kempol yang kesemuanya diperbuat
daripada kayu.

Kombinasi keenam-enam alat muzik ini dapat melahirkan
irama yang indah dan mengasyikkan dan jika ia dimainkan
pada waktu malam, iramanya boleh didengar sehingga
ke beberapa buah kampung.

Nazam yang dinyanyikan dalam permainan kempling ini
pula diambil dari kitab berzanji atau rawi yang kesemuanya
berjumlah 16 bab.

Namun begitu, nazam boleh diubahsuai kepada beberapa
pantun Melayu atau yang dikarang sendiri sesuai dengan
peredaran zaman tetapi rentak dan iramanya masih
mengikut yang asli.

Dahulu, permainan kempling dipersembahkan pada waktu
malam iaitu selepas Isyak dan berlarutan hingga ke tengah
malam membawa ke pagi bagi meraikan kanak-kanak
yang hendak dikhatan.

Kini, persembahan kempling hanya dilakukan sehingga
tengah malam sahaja atau pada waktu siang bergantung
kepada permintaan tuan rumah.

ALATAN…Enam jenis peralatan genderang yang digunakan dalam permainan kemplingan.











ALATAN…Enam jenis peralatan genderang yang

digunakan dalam permainan kemplingan.


SUMBER: PORTAL KHABAR ORANG JOHOR MEDKOM.MY

19 OGOS 2009

Tiada ulasan: