PENGUNJUNG SETIA

07 Ogos 2009

USAH PERGI TEMPAT AWAM ELAK DIJANGKITI H1N1

MUAR: Orang ramai khususnya penduduk dalam kawasan Parlimen Ledang dinasihatkan prihatin terhadap wabak Influenza A (H1N1) yang menular di negara ini termasuk mengelak berpeleseran di tempat awam tanpa tujuan.

Ahli Parlimen Ledang, Hamim Samuri, berkata mereka perlu mengamalkan cara hidup sihat termasuk beriadah bagi meningkatkan ketahanan minda dan fizikal selain mengambil makanan seimbang.

"Keadaan cuaca berjerubu sekarang boleh memburukkan lagi keadaan berikutan kualiti udara yang tercemar menyebabkan pelbagai penyakit," katanya berucap merasmikan penutup Hari Pasar Ria dan Sukaneka 2009 di Sekolah Kebangsaan Simpang 5 darat (SKS5D) Bukit Gambir, Ledang, kelmarin.

SUMBER: HARIAN METRO, 7 OGOS 2009

Tiada ulasan: