TONTON ASTRO AWANI

PENGUNJUNG SETIA

16 Ogos 2009

BELIA SAGIL CERGAS

Ditulis oleh Siti Nurul Hidayah Aman (Evolution Extreme/Jelajah Johor)
LENGKAP....Mohd Ismail ( kanan ) dan pembantunya sedang menerangkan kemudahan set karaoke di rumah kelab. Foto Mohd Thaha bin Mohd Isa

LENGKAP....Mohd Ismail ( kanan ) danpembantunya sedang

menerangkan kemudahan set karaoke di rumah kelab.

Foto Mohd Thaha bin Mohd Isa






















LEDANG: Belia Kampung Sagil Parit 2, dekat sini
bergiat cergas dengan pelbagai kegiatan
berikutan memiliki kemudahan termasuk gelanggang
badminton dan futsal, kelengkapan ping pong, set
karaoke, set kuda kepang dan mesin potong rumput.

Ia adalah hasil wawasan Pertubuhan Belia 4B di situ,
diketuai Mohd Ismail Hamdan, yang berusaha
menggerakkan pelbagai aktiviti bagi membendung
gejala belia lepak dan mat rempit.

Rumah kelab pertubuhan itu yang serba
lengkap mendapat peruntukan sedikit demi sedikit
sehingga mencapai RM50,000 dari Menteri Besar
Johor, Dato' Abdul Ghani Othman yang pernah
membuat lawatan di kampung tersebut.

Kelab berkenaan menjadi tumpuan ahli-ahli pertubuhan
untuk mengisi masa mereka dengan lebih
bermakna menerusi pelbagai kegiatan sukan mahupun
riadah.

"Dengan adanya kemudahan ini, remaja di sini
mempunyai tempat tumpuan dan tidaklah mereka
melepak tidak tentu hala," kata Mohd Ismail.

Sehingga kini seramai 190 orang belia telah menyertai
pertubuhan berkenaan yang terdiri dari mereka
berumur 15- 40 tahun, meliputi anak-anak muda
kampung tanpa dikenakan sebarang bayaran.

Kini, mereka menubuhkan pula "Kelab Motosikal",
bagi menambah kegiatan remaja selain pelbagai
aktiviti yang diatur bagi mengeratkan lagi
hubungan sesama ahli termasuk gotong-royong
dan berbasikal sekeliling kampung.

Mohd Ismail yang menyarankan agar belia
membantu menyumbang khidmat kepada pembangunan,
menegaskan bahawa golongan itu perlu menjadi
penggerak kepada perubahan di samping komited
dalam setiap bidang yang diceburi.

Beliau berkata, keteguhan diri dan kekuatan
dalaman dapat membantu belia menghadapi tekanan
dan cabaran.

"Mereka perlu memastikan segala perancangan
yang dirancang sekarang mencapai matlamat pada
masa depan dengan baik dan berkesan," katanya.

Beliau percaya, dalam usaha melahirkan pemimpin
belia yang mempunyai personaliti unggul, belia
hendaklah sentiasa didedahkan dengan isu-isu
semasa secara lebih luas dan dididik secara psikologi.

SUMBER: PORTAL KHABAR ORANG JOHOR
MEDKOM.MY 16 OGOS 2009

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

terbaiklah........