Ditulis oleh Hai Rozzaman Jalal |
Khamis, 20 Ogos 2009 00:00 | 9 hits |
LEDANG: Untuk melatih seseorang supaya mahir dalam sesuatu bidang sehingga mereka benar-benar menguasainya memerlukan jangkamasa yang panjang. Begitu juga halnya untuk melatih silat, satu bidang yang memerlukan ketekunan dan minat yang mendalam. Demikian pendapat jurulatih silat, Jamil Samaon, yang dipertanggungjawabkan melatih 26 murid Sekolah Kebangsaan Simpang 5 Darat yang berusia di antara 7 hingga 8 tahun. Menurutnya, latihan selama satu setengah jam setiap hari Jumaat itu masih tidak mencukupi untuk membolehkan kanak-kanak tersebut menguasai gerak langkah dalam persilatan. Namun begitu, kanak-kanak itu mudah 'menangkap'apa yang diajar kerana minat yang mendalam dan keinginan untuk menguasai ilmu persilatan. Kumpulan silat ini adalah inisiatif Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) sekolah bagi memberikan pendedahan mengenai kesenian. Kumpulan silat ini sering membuat persembahan dalam majlis keraian seperti majlis perkahwinan. SUMBER: PORTAL KHABAR ORANG JOHOR MEDKOM.MY 20 OGOS 2009 |
Collaboration request
7 bulan yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan