PENGUNJUNG SETIA

02 Ogos 2009

UMNO BAHAGIAN PERLU WUJUDKAN KPI POLITIK

OLEH SAHBULAH DARWI & KAMIL MASLIH

MUAR 1 Ogos – Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, bahagian-bahagian UMNO disarankan perlu mewujudkan indeks Petunjuk Prestasi Utama (KPI) politik bagi meletakkan sasaran dalam melaksanakan tugas-tugas kepada rakyat.

Tegasnya, ia bertujuan meningkatkan lagi mutu perkhidmatan parti itu kepada rakyat khususnya dalam soal pembangunan infrastruktur, keselamatan dan pencegahan jenayah, pendidikan dan kebajikan sosial sebagaimana yang dilaksanakan oleh KPI jabatan kerajaan.

"Maksudnya ialah, kalau di peringkat kerajaan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah meletakkan sasaran KPI maka hal yang sama juga boleh diguna pakai untuk ahli-ahli parti.

"Maka dengan itu, kita akan dapat menentukan sasaran dalam tempoh dua atau tiga tahun akan datang," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO Bahagian Pagoh di sini hari ini.

SUMBER: MINGGUAN MALAYSIA, 2 OGOS 2009

Tiada ulasan: