TONTON ASTRO AWANI

PENGUNJUNG SETIA

02 Ogos 2009

UMNO ADA STRATEGI HADAPI PERMATANG PASIR - MUHYIDDIN

MUAR 1 Ogos — Walaupun kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir diakui kubu kuat PAS, Umno mempunyai strategi tertentu untuk menggugat kekuatan parti pembangkang itu di kawasan terbabit, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Presiden Umno itu berkata Umno telah membuktikan kemampuannya ketika menghadapi PAS pada pilihan raya kecil DUN Manik Urai, sebuah lagi kubu kuat parti pembangkang itu baru-baru ini.

“Ya, ia (Permatang Pasir) kawasan kubu kuat PAS, tetapi telah terbukti di DUN Manik Urai yang juga adalah kubu kuat (PAS) tetapi kita boleh gugat kekuatan dia. Kita akan mengambil strategi tertentu untuk menangani masalah pengundi di kawasan itu, InsyAllah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan secara serentak persidangan perwakilan Pemuda, Wanita dan Puteri Umno Bahagian Pagoh di Kompleks Seri Pekembar Pagoh di sini, hari ini.

Kerusi DUN Permatang Pasir kosong apabila penyandangnya, Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman, 63, daripada PAS meninggal dunia akibat sakit jantung di Institut Jantung Negara Kuala Lumpur pagi semalam.

— BERNAMA

SUMBER: MINGGUAN MALAYSIA, 2 OGOS 2009

Tiada ulasan: