TONTON ASTRO AWANI

PENGUNJUNG SETIA

16 Ogos 2009

HARGA TOPENG NAIK BERGANDA

MUAR: Topeng penutup muka yang pada kebiasaannya berharga 40 sen sekeping, kini ada yang dijual sehingga RM1.50 sekeping di daerah ini pada ketika permintaan terhadapnya semakin meningkat sekarang berikutan penularan wabak Influenza A (H1N1).

Tindakan segelintir pihak yang cuba mengaut keuntungan berlebihan itu, amat mengecewakan dan sewajarnya dihentikan segera.

Naib Ketua Pemuda Umno Bahagian Muar, Ahmad Amryn Malek, berkata pihaknya menerima banyak rungutan, khususnya daripada ibu bapa yang kecewa dengan kenaikan harga topeng penutup muka yang dijual di daerah ini sehingga mencecah RM1.50 sekeping.

"Pada ketika topeng ini ku rang mendapat sambutan iaitu sebelum penularan wabak H1N1, ia dijual pada harga 40 sen sekeping tetapi kebelakangan harganya naik mendadak, ada yang menjual sehingga RM1.50," katanya.

Sehubungan itu, katanya, jika ada ibu bapa yang ingin membuat pengaduan, pihaknya sedia membantu membawa perkara ke kepada Pejabat Kesihatan Daerah dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Penggunaan.

Dalam usaha membantu kerajaan dalam mengedarkan topeng itu, beliau berkata, Pemuda Umno bahagian Muar dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Muar mengedarkan 2,000 keping topeng penutup muka dan risalah pencegahan H1N1 di sekitar tempat awam di daerah ini, kelmarin.

SUMBER: BERITA MINGGU, 16 OGOS 2009

Tiada ulasan: