PENGUNJUNG SETIA
31 Julai 2009
JOHOR TETAPKAN DUA KADAR BAYARAN ZAKAT FITRAH
JOHOR BAHRU 30 Julai - Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) menetapkan dua kadar bayaran zakat fitrah bagi tahun ini iaitu RM5 atau RM7.50 seorang berbanding RM6.50 seorang tahun lalu.
Pengerusi Jawatankuasa Agama Johor, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, kadar itu ditetapkan mengikut harga pasaran semasa bagi dua jenis beras seperti yang ditetapkan dalam hukum syarak.
''Bayaran boleh dibuat mengikut kesedaran sendiri iaitu bagi mereka yang memakan beras biasa maka bayaran zakat fitrah ialah RM5 seorang, manakala bagi mereka yang memakan beras mahal maka dikehendaki membayar RM7.50 seorang," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program Memartabatkan Ummah MAINJ bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontijen Johor di Hotel Grand Paragon, di sini hari ini.
Turut hadir Mufti Johor, Datuk Mohd. Tahrir Shamsudin; Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff; Ketua Pegawai Eksekutif MAINJ, Datuk Abdul Rahman Jaffar dan Pengerusi Pusat Pungutan Zakat (PPZ) Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Datuk Mustafa Abdul Rahman.
Pada majlis itu, MAINJ turut menandatangani memorandum perjanjian persefahaman dengan PPZ bagi membolehkan sistem berkomputer MAIWP diguna pakai oleh MAINJ untuk meningkatkan sistem penyampaian MAINJ.
Zainal Abidin berkata, tahun ini bukan pertama kali Johor menetapkan dua kadar bayaran bagi zakat fitrah kerana ia pernah dilaksanakan suatu ketika dahulu.
Justeru, katanya, pihaknya menyasarkan kutipan zakat fitrah pada tahun ini sebanyak RM11 juta daripada kira-kira 1.7 juta pembayar.
Menurutnya, jumlah sasaran berkenaan menunjukkan peningkatan berbanding tahun sebelumnya iaitu RM8.4 juta bagi kutipan zakat fitrah.
Sementara itu, beliau berkata, MAINJ menyasarkan pungutan zakat RM110 juta melalui pelbagai jenis zakat termasuk pendapatan, perniagaan, harta dan fitrah bagi tahun ini.
''Jumlah punggutan zakat pendapatan negeri ini adalah sebanyak RM27.7 juta dengan pembayaran zakat melalui potongan gaji atau skim infaq sebanyak RM18.2 juta dengan penyertaan 29,467 pembayar," jelasnya.
Menurutnya, daripada jumlah potongan gaji tersebut RM9.7 juta adalah kakitangan kerajaan dan badan berkanun, kakitangan swasta (RM8.2 juta), pihak berkuasa tempatan (RM219 juta) dan kakitangan Persekutuan (6.5 juta).
Katanya, sebanyak RM252,000 daripada jumlah pungutan zakat kakitangan Persekutuan adalah daripada anggota polis Johor membabitkan 1,345 pembayar.
SUMBER: UTUSAN MALAYSIA, 31 JULAI 2009
30 Julai 2009
BOLA TENIS GANTI KAIN DAN SPAN
Ditulis oleh Zulfikri Aman (Selipar Hijau/Jelajah Johor) |
SEKALI imbas ia kelihatan biasa sahaja, namun ada kelainan pada hujung alat pemukul jidor yang digunakan oleh Zakaria Subuh, 40, kerana ia bukan seperti kebiasaannya dibaluti dengan kain atau span. Sebaliknya, kumpulan kemplingan Kampung Melayu Raya, Tangkak ini menggunakan bola tenis yang diskru kepada alat pemukul itu bagi memastikannya ia tidak mudah tertanggal. Penggunaan bola tenis itu bukan sahaja lebih mudah untuk dipasang kepada alat pemukul, malah menurut Zakaria, ia menghasilkan bunyi yang lebih sedap didengar. Katanya, bola tenis yang di dalamnya kosong itu mengeluarkan bunyi lebih nyaring dalam tindak balasnya ketika diketuk ke permukaan jidor yang diperbuat daripada kulit kambing. Tidak hairanlah penggunaan boleh tenis sebagai pemukul jidor itu mudah menarik perhatian dan kini menjadi ikutan. Gambar Amirull Salihing SUMBER: PORTAL KHABAR ORANG KAMPUNG, MEDKOM.MY 28 JULAI 2009 |
29 Julai 2009
JALAN BERLUBANG BERBAHAYA
Oleh Jamaludin Husin
bhnews@bharian.com.my
Agensi diminta pantau kerosakan jalan benteng di Simpang 5 Darat
MUAR: Agensi yang terbabit dengan pembinaan jalan luar bandar diminta memantau masalah kerosakan jalan benteng di Simpang 5 Darat ke Kampung Parit Kassan, Bukit Gambir, Ledang, di sini bagi memastikan keselesaan pengguna khususnya petani ketika memasarkan hasil pertanian mereka.
Ahli Parlimen Ledang, Hamim Samuri, berkata keadaan jalan yang rosak teruk itu dengan sebahagian permukaannya pula mempunyai lubang yang lebar dan dalam, boleh membahayakan keselamatan pengguna.
Beliau berkata, walaupun kedudukan jalan benteng itu di kawasan pedalaman perkampungan berkenaan, tetapi menjadi laluan utama penduduk terutama petani.
Katanya, mereka menggunakan jalan itu sama ada untuk menguruskan tanah dengan bercucuk tanam atau mengeluarkan hasil dari kebun untuk dipasarkan.
"Selaku wakil rakyat, saya sudah beberapa kali membangkitkan masalah kerosakan jalan berkenaan termasuk membincangkannya dalam mesyuarat tindakan daerah supaya dapat diatasi.
"Kerosakan yang berlarutan boleh menimbulkan masalah penduduk termasuk pelajar yang menggunakan jalan itu ke sekolah di pekan Bukit Gambir," katanya mengulas laporan mengenai jalan rosak menyukarkan petani yang disiarkan akhbar ini, Isnin lalu.
Jalan sepanjang kira-kira 1.5 kilometer yang menghubungkan dua perkampungan berkenaan turut menjadi laluan utama penduduk sama ada untuk ke Bandar Tangkak dan Pekan Sagil, mengalami kerosakan teruk sejak enam bulan lalu.
Hamim berkata, sebelum ini jalan itu hanya dilalui lori kecil untuk mengangkut hasil pertanian terutama kelapa sawit dan buah-buahan selain kereta persendirian, motosikal dan bas sekolah.
Namun, katanya, sejak beberapa bulan lalu, jalan itu turut dilalui lori yang mengangkut bahan binaan untuk pembinaan projek bangunan baru Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Kassan, menjadikan kerosakan jalan itu semakin bertambah.
"Justeru, saya berharap agensi pelaksanaan projek jalan raya luar bandar termasuk JKR memantau laluan lori kontraktor yang membawa bahan binaan berikutan kerja pembinaan bangunan sekolah berkenaan.
"Tindakan itu penting bagi mengelak lebih banyak permukaan jalan berkenaan pecah sehingga menyebabkan kerajaan terpaksa mengeluarkan peruntukan lebih besar untuk membina jalan baru kelak," katanya.
SUMBER: BERITA HARIAN, 29 JULAI 2009
HARI BERSAMA PELANGGAN DI MUAR
MUAR 28 Julai - Program Hari Bersama Pelanggan anjuran Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di pekarangan Stadium Muar kelmarin berlangsung meriah dengan pelbagai khidmat ditawarkan kepada masyarakat.
Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Johor, Nik Omar Nik Ab. Rahman berkata, penganjuran program peringkat negeri Johor itu mempunyai signifikan bagi mendedahkan masyarakat mengenai pelbagai peranan kementerian tersebut.
"Objektif Hari Bersama Pelanggan peringkat negeri ini bertujuan mendekatkan lagi pihak kementerian dengan masyarakat supaya mereka mendapat maklumat yang jelas mengenai bantuan dan latihan yang ditawarkan.
"Mungkin ada pihak yang tidak tahu bahawa kementerian ini melibatkan enam jabatan dan fungsi kami adalah pelbagai untuk setiap golongan yang memerlukan bantuan," katanya selepas merasmikan program berkenaan kelmarin.
Program selama dua hari itu menyediakan pelbagai aktiviti termasuk sukaneka bagi orang kurang upaya (OKU), pertandingan mewarna untuk OKU dan kanak-kanak, pertandingan karaoke serta tarian poco-poco.
Nik Omar bersyukur sambutan program tersebut amat menggalakkan dengan gerai-gerai pameran kementerian menjadi tumpuan orang ramai.
"Selain meningkatkan kerjasama dan kesepaduan program antara jabatan, program ini juga menjadi platform untuk menunjukkan kejayaan generasi penggerak bangsa iaitu kanak-kanak, belia dan OKU kepada masyarakat umum," katanya.
Dalam pada itu, Nik Omar berharap orang ramai yang mempunyai pertanyaan mengenai khidmat kementerian agar menghubungi talian Nur di 15999.
"Talian Nur ini telah dua tahun beroperasi dan kami telah menerima sebanyak 15,000 panggilan dari seluruh negara.
"Rata-ratanya panggilan yang kami terima adalah berhubung masalah bantuan OKU, kes penderaan kanak-kanak atau keganasan rumah tangga," katanya.
SUMBER: UTUSAN MALAYSIA, 29 JUN 2009
28 Julai 2009
BAKTI DISEMAI BUDI DITUAI
Ditulis oleh Noor Hanizah Binti Ariffin (Evolution Xtreme/Jelajah Johor) |
|
LEDANG: Tidak seperti rakan sebaya yang lebih teruja bekerja di bandar, Mohd Amir Wagiman, memilih bukan sahaja menetap di kampung malah menjadi petani pula mengusahakan tanah milik bapanya di Kampung Sagil Parit 2, dekat sini. Anak muda berusia 24 tahun itu bersama lapan lagi rakannya dari pelbagai peringkat usia, berkongsi tenaga mencurah keringat di atas tanah seluas 12 hektar dengan tanaman kacang panjang, lada cili, terung, bendi dan pisang. Ketika amat payah untuk menemui belia sanggup bekerja di kampung tempat lahir, Mohd Amir dan rakan-rakannya membuktikan bahawa mereka mampu berbakti kepada tanah sehingga dapat menuai hasilnya, sekali gus diiktiraf sebagai Kelompok Tani Jaya Daerah Muar dan Ledang. Menurut beliau, kos awal untuk memulakan pertanian itu agak tinggi, namun dengan bantuan keluarga ia dapat ditangani dan kini hasil pendapatan bulanannya mencecah gaji seorang jurutera baru bekerja di sektor awam. Rakan sekolompoknya, Rosli Dari, 37, menjelaskan bahawa mereka juga mendapat bantuan dari Jabatan Pertanian yang turut memantau dari segi kuantiti dan kualiti hasil tanaman, agar bukan sahaja memenuhi permintaan pasaran malah piawaiannya. "Kualiti tanaman ini kadangkala mengikut keadaan cuaca. Jika cuaca elok dan air mencukupi, hasil tanaman turut berkualiti," katanya ketika ditemui di kawasan pertanian itu baru-baru ini. Mereka memasarkan hasil pertanian itu terutamanya sayur-sayuran melalui pemborong-pemborong untuk dibawa ke pasar borong di Selayang dan beberapa lagi kawasan di Kuala Lumpur. Walaupun Jabatan Pertanian memberikan bantuan tetapi kos membeli racun serangga perlu ditanggung sendiri dan ia telah meningkatkan kos operasi mereka. Kos yang agak tinggi itu kadangkala menyebabkan pulangan tidak mencapai tahap yang dijangkakan berikutan pihak pemborong membeli pada paras harga rendah. Adalah difahamkan pemborong meletakkan harga hampir separuh dari harga pasaran. SUMBER: PORTAL KHABAR ORANG JOHOR, MEDKOM.MY 28 JULAI 2009 |
ZOOMING IN ON JOHOR'S RURAL HEARTLAND
Some youths journey hundreds of kilometres to experience and bring back reports on life in the kampung, writes Ahmad Fairuz Othman
The young and enthusiastic participants of Jelajah Johor 2009 |
Kampung Sri Bukit Batu village head Mohd Yatim Samadi (in songkok) introducing the visitors to the almost-completed RM200 bridge project in the village. |
Myvi Extreme Club (South) chairman Nordziakon Husnan watering the ‘pokok beringin’ the visitors planted at the Serenti Drug Rehabilitation Centre to mark the occasion. To the left is tour participant Norhafizul Ismail. |
A GROUP of 60 youths in Perodua Myvi cars spent a weekend reporting on the lives of people in the rural areas of northern Johor.
The group were part of Jelajah Johor 2009 (Johor Tour), a convoy organised by the Media and Communications Unit of the Johor Menteri Besar's Office and Myvi Extreme Club (South).
The two-day tour involved 26 vehicles, including 23 Perodua Myvi. In just two days, the "young reporters" covered 18 villages in the Muar and Ledang districts.
The stories will be published in the online portal Khabar Orang Johor at www.medkom.my/v5.
The event was the second of a series of tours following the Jelajah Johor Series A, which covered Mersing and Kota Tinggi in May.
Fadzli said the Khabar Orang Johor portal was set up to establish a cyber community for the people to contribute their photos and stories.
Jelajah Johor began at Bukit Timbalan, Johor Baru, on the eve of the event. Participants were briefed on the tour objectives and tour schedules. The 60 participants were divided into five groups.
The next day, they gathered at Danga Festive Street Mall at 7am to register.
The convoy's first stop was at Nasuha Herb and Spices in Pagoh. Here, they split up, with each group going to the area assigned to it.
The groups were accompanied by the village heads of the respective areas, who served as guides and facilitators.
Among the villages on the tour's itinerary were Kampung Jayor, Kampung Raja, Kampung Melayu and Kampung Sebasu. Villages in in Olak Sepam, Sri Bukit Batu, Parit Zin, Simpang Jeram, Kampung Batu 3, Batu 5, Batu 6 and Jeram Tepi were also included.
Along the way, some participants got a taste of history and culture, while others literally tasted food and beverages.
One of the stopovers was an old tomb known as Makam Mat Berani in Kampung Olak Sepam, which was built in 1511.
At another stop, a wide array of frozen kuih, snacks and other goodies were found at the factory of Aini Frozen Food. A well-known brand, its presence in Kampung Melayu, Panchor, had helped to put the village on the map.
An eye-opener for the participants was the discovery of the River Ranger programme near Kampung Raja, which is an overall conservation plan as well as a flood warning system for rivers.
Many reported on development projects in several villages, including a RM200,000 bridge project in Kampung Sri Bukit Batu, and the RM2.3 million Datuk Abdullah Jaafar Mosque in Kampung Batu 6.
On the second day, the groups continued their adventure in the three sub-districts of Kundang, Sagil and Kesang in Muar.
One group interviewed developers and villagers about a RM1.6 million project to build a concrete irrigation canal for padi fields in Teluk Rimba, Kundang.
Another immersed themselves in Javanese culture at Kampung Melayu Raya, in Sagil.
There, they experienced a day in the life of a village farmer, and were entertained by a group which played the "kemplingan" -- a traditional Javanese single-headed drum.
The final stop of the tour was the Serenti drug rehabilitation centre in Muar, which proved to be an altogether different encounter for the participants.
It was a rare opportunity for many of them to speak to former drug addicts, who shared their experiences with the young people.
To commemorate the visit, Myvi Extreme Southern Zone Group chief Nordziakon Husnan and group member Norhafizul Ismail planted a pokok beringin in the centre's compound.
SOURCE: JOHOR STREETS, NEW STRAITS TIMES, 28 JULY 2009
27 Julai 2009
KEMUDAHAN SUKAN SETEMPAT DI KESANG TASIK
Ditulis oleh Norhafizah dan Norarhamna (Gen3/Jelajah Johor) |
|
LEDANG: Penduduk Kampung Kesang Tasik, khususnya belia, bakal menikmati kemudahan sukan dan riadah setempat apabila pembinaan Kompleks Sukan Komuniti berharga hampir RM1.6 juta, siap sepenuhnya di kampung itu, dekat sini, pada 2011. Projek yang dibiayai oleh Kerajaan Negeri itu dibina secara berperingkat sejak empat tahun lalu dengan dilengkapi padang bola sepak, dewan tertutup, gelanggang futsal berbumbung, sepak takraw, badminton dan bola jaring. Menurut Setiausaha Kelab Sukan Komuniti Kampung Kesang Tasik, Azfar Idrus, projek yang mendapat sambutan pelbagai lapisan penduduk itu melibatkan pembinaan dewan orang ramai dan dua buah gelanggang badminton dalam fasa pertamanya. "Fasa kedua pula bermula pada November 2007 dengan melibatkan pembinaan dua buah gelanggang futsal berbumbung, "Tanah bersebelahan Sekolah Kebangsaan Kesang Tasik telah diambil alih dan kerja-kerja pembersihan kawasan, penambakan tanah serta pembinaan parit dan saliran dilakukan mengikut jadual, " kata pemimpin muda berusia 21 tahun itu. Azfar berkata, kini projek itu memasuki fasa terakhir di mana kerja-kerja pembinaan gelanggang sepak takraw, bola jaring, jalan masuk ke kompleks dan astaka sedang giat dijalankan sejak Mei lalu. "Kita berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan kompleks sukan ini dapat dibangunkan kerana mahu golongan belia kampung memanfaatkan waktu lapang mereka dengan aktiviti sukan yang berfaedah. "Selain aktiviti sukan, kompleks itu nanti boleh digunakan untuk mengadakan hari keluarga bagi masyarakat sekitar. "Harapan kami semua dengan sempurnanya kemudahan ini kelak, pelbagai aktiviti sukan sama ada peringkat kampung, mukim, daerah malah negeri sekali pun, boleh diadakan di sini," katanya. Pembinaan pelbagai kemudahan sukan untuk kampung berkenaan amat bertepatan berikutan Kelab Sukan Komuniti Kesang Tasik, adalah antara kelab yang aktif dan cemerlang dalam beberapa pertandingan. Antara pencapaiannya adalah menjadi juara futsal di kejohanan kelab sukan Dewan Negeri Serom 2008 dan futsal terbuka Muar 2008 serta naib juara kejohanan futsal terbuka Kluang 2008. SUMBER: PORTAL KHABAR ORANG JOHOR, MEDKOM.MY 27 JULAI 2009 |
GANGGUAN AIR DI LEDANG KHAMIS INI
Ketua Jabatan Komunikasi Korporat Syarikat Air Johor Holdings Sdn. Bhd. (SAJH), Jamaluddin Jamil berkata, gangguan tersebut disebabkan kerja-kerja penyelenggaraan loji air Gersik, Muar, dekat sini.
Katanya, gangguan 18 jam itu akan bermula pukul 10 pagi dan dijangka berlarutan sehingga pukul 4 pagi keesokannya.
Kawasan terlibat adalah sepanjang Jalan Muar-Melaka dari Jambatan Sultan Ismail ke Sungai Kesang di sempadan Melaka termasuk kawasan industri, taman perumahan dan perkampungan di sekitarnya.
"Turut terlibat ialah sepanjang Jalan Muar ke Bukit Gambir hingga ke Kundang Ulu, Parit Sawah, Bukit Serampang, Jalan Sengkang, Jalan Muar Tangkak dari Pekan Sungai Mati hingga ke Persimpangan Jalan Solok.
"Jalan Sialang, Kampung Cohong, Jalan Solok, Bukit Banjar, Pekan Bukit Kangkar ke Teluk Rumbia dan Pengkalan Besar," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Orang ramai yang memerlukan bantuan sepanjang tempoh gangguan itu boleh menghubungi Pusat Operasi SAJH di talian bebas tol 1-800-88-7474 atau menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) ke 019-7727474.
SUMBER: UTUSAN MALAYSIA, 27 JULAI 2009
YASMIN PERGI MEMBAWA ASPIRASI 1MALAYSIA
saharudin.musthafa@utusan.com.my
SEINGAT saya, hanya sekali saya bersemuka dengan Yasmin Ahmad dan berbual-bual dengannya.
Pertemuan kali pertama kira-kira empat tahun lepas itu merupakan kali pertama dan terakhir antara saya dengannya. Tiada lagi pertemuan secara empat mata dengannya selepas itu.
Namun, dari jauh, perkembangan kerjaya pengarah kelahiran Muar, Johor ini menarik perhatian saya. Dia bukan seperti pengarah filem arus perdana yang lain. Kerja Yasmin ialah menghasilkan naskhah-naskhah filem yang disukai oleh ibu dan ayahnya.
Pengarah yang meninggal dunia pada usia 51 tahun ini tidak pernah peduli, jauh sekali untuk berkecil hati kalau orang lain tidak suka dengan kerja-kerja seninya.
Apa yang paling utama buatnya ialah ibunya, Inom Yon dan bapanya, Ahmad Hashim gembira dengan hasilnya.
Itu sudah cukup membahagiakan karyawan berkelulusan ijazah Sarjana Muda Psikologi dari Universiti Newcastle, United Kingdom ini. Kerana itu, perasaan dan cita rasa orang lain bukan prioriti buat sutradara prolifik ini.
Bagaimanapun, Yasmin juga disifatkan sebagai seorang sutradara yang bertanggungjawab. Ini kerana dalam setiap karya seninya baik dalam filem mahupun iklan, Yasmin tidak pernah lupa menggabungkan elemen kasih sayang dan cinta selain sarat dengan latar masyarakat majmuk di negara ini.
Antara filem arahan beliau yang menggabungkan elemen-elemen itu ialah Sepet (2004), Gubra (2006), Mukhsin (2006), Muallaf (2008) dan Talentime (2009).
Kalau itu belum cukup, Yasmin juga seorang yang tidak pernah berhenti daripada berfikir mengenai kerja.
Setiap hari dia bekerja memerah fikiran untuk menghasilkan hasil yang boleh dijadikan rujukan tidak kira sama ada ia dalam bentuk filem mahupun iklan-iklan komersial.
Lalu kerana itu, tidak hairanlah sehingga ke nafas yang terakhir, Yasmin masih bekerja, melakukan pembentangan kertas kerja mengenai kempen 1Malaysia yang mahu diusahakan secara kerjasama dengan TV3 serta penyanyi terkenal tanah air, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin.
Yasmin hanya sempat membentangkan idea kreatifnya untuk tempoh yang sangat singkat pada 23 Julai lalu sebelum dia pergi untuk selama-lamanya. Pemergian beliau menemui pencipta-Nya meninggalkan kesan yang bukan sedikit buat kita.
Ketika kerajaan sedang giat memperhebatkan kempen 1Malaysia, Yasmin yang ditabal sebagai pengarah filem semua kaum pergi membawa bersama segala aspirasi yang sama dengan kerajaan yang selama ini menjadi pendiriannya dalam berkarya.
Lalu, pemergian pengarah itu selepas tiga hari koma akibat serangan strok sebetulnya kehilangan yang sangat besar buat negara.
Yasmin bukan calang-calang manusia yang pernah 'dilahirkan' oleh industri hiburan tanah air. Semalam, di Tanah Perkuburan Islam USJ21, Subang, Selangor, kenalan yang hadir memberikan penghormatan terakhir buatnya terdiri daripada pelbagai kaum dan lapisan masyarakat.
Bukan saja kerabat seni daripada pelbagai kaum yang mengaguminya, bahkan yang turut hadir menziarahi jenazah Allahyarham ialah Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Datuk Seri Tony Fernandez dan Ketua Pegawai Eksekutif Maybank, Datuk Seri Abdul Wahid Omar
"Saya sangat terharu melihat kehadiran rakan-rakan pelbagai kaum pada majlis pengkebumian beliau. Ini menandakan beliau sangat disayangi ramai," kata penyanyi dan pelakon Jaclyn Victor kepada Utusan Malaysia.
Kalau boleh, teringin benar saya untuk mengulangi sekali lagi waktu untuk membolehkan saya bertemu dan bercakap sendiri kepada Yasmin bahawa kreativitinya merentasi jauh pemikiran masyarakat.
Andai peluang itu ada, biarlah saya sendiri memberitahu Yasmin, industri hiburan masih memerlukan kehadirannya.
Pada masa yang sama, saya juga percaya, ada ramai lagi orang lain yang sedang berduka dengan pemergian Allahyarham mahu berbuat demikian.
Bahkan, mereka yang pernah tidak bersetuju dengan karya-karya seni Allahyarham ketika hayatnya juga pastinya akan berasa terkilan kerana tidak sempat untuk mengakui bahawa Yasmin adalah wajah sebenar industri sinema Malaysia.
Sayang sekali, semuanya sudah terlambat. Yasmin kini sudah berhijrah ke alam baru.
Semoga Tuhan mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham.
SUMBER: UTUSAN MALAYSIA, 27 JULAI 2009
PUPUK 1MALAYSIA DI SEKOLAH
pengarang@utusan.com.my
LEDANG 26 Julai - Konsep 1Malaysia perlu dipupuk di sekolah- sekolah khususnya melalui sistem pelajaran kebangsaan bagi memperkukuhkan lagi perpaduan kaum di negara ini.
Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman berkata, sistem tersebut merupakan wadah terbaik bagi menyatukan pelajar di peringkat akar umbi terutama dari tingkatan satu hingga lima.
"Saya percaya sistem pelajaran kebangsaan yang ada di peringkat menengah adalah satu kesempatan untuk anak Malaysia membangun bersama-sama di peringkat usia yang muda dan mendapat ilmu pengetahuan.
"Kita perlu gunakan tempoh persekolahan ini untuk memupuk bangsa Malaysia sebagai rakyat yang bersatu dan saling memahami," katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Bangunan Baru Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SKJC) Chung Hwa, Belemang, Serom di sini semalam.
Hadir sama Ahli Parlimen Ledang, Ir. Hamim Samuri, Ahli Dewan Undang Negeri (ADUN) Bukit Gambir yang juga Exco kerajaan negeri, M. Asojan serta Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan, Chew Kok Wing.
Pada majlis itu, Abdul Ghani turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM200,000 untuk menaik taraf kemudahan di sekolah tersebut di samping peruntukan RM300,000 untuk membina dewan serbaguna.
Menurut Abdul Ghani, rakyat di negara ini wajar bersyukur kerana walaupun matlamat sistem pelajaran berkenaan adalah jelas, keterbukaan tetap diberikan untuk memenuhi cita rasa masyarakat Malaysia yang berbilang kaum.
"Kita mempunyai dasar yang begitu sederhana, berbeza dengan negara lain yang mengamalkan dasar ekstrem dan menidakkan masyarakat untuk mendapat pilihan bagi pelajaran anak mereka," katanya.
Dalam pada itu, menurut Abdul Ghani, kerajaan negeri sentiasa peka mengenai keperluan pendidikan serta agama bagi masyarakat berbilang bangsa di negeri ini
"Kerajaan negeri telah pun mengambil pendekatan terbuka dan kami memenuhi permintaan masyarakat yang mahukan sekolah, masjid serta rumah ibadat bagi agama masing-masing," katanya.
SUMBER: UTUSAN MALAYSIA, 27 JULAI 2009
25 Julai 2009
SISIPAN AKHBAR BANTU KUASAI BAHASA INGGERIS
Ditulis oleh Aivizanoorwani Shah |
|
LEDANG: Bantuan alat pengajaran dan pembelajaran menggunakan sisipan akhbar didapati berjaya membantu guru dan pelajar untuk membuat latih tubi bagi menguasai bahasa Inggeris. Ketua Bidang Bahasa Sekolah Menengah Tengku Mahmood Iskandar, Sungai Mati merangkap guru bahasa Inggeris, Rohmizan Abd Manap mendapati kaedah itu berkesan sepanjang pengalamannya mengajar matapelajaran berkenaan. “Pelajar boleh membuat latih tubi daripada sisipan akhbar ini dan mereka sangat seronok dengan pendekatan ini sekaligus berupaya mempertingkatkan lagi penggunaan tatabahasa yang betul. “Selain itu, ia juga dapat melahirkan generasi yang suka membaca dan mengambil tahu tentang perkembangan semasa,” katanya selepas majlis penyampaian Akhbar The Star untuk sekolah-sekolah daerah Ledang oleh Menteri Besar Johor, Dato’ Abdul Ghani Othman di dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Mahmood Iskandar, Sungai Mati, dekat sini. Bagi seorang pelajar sekolah itu, Ridzwan Arif Zakaria, 16, berkata program berkenaan amat membantu dan memberi peluang kepada pelajar untuk membaca akhbar berbahasa Inggeris sekaligus mempertingkatkan keupayaan dalam bahasa itu. Pendapat sama dikongsi oleh seorang pelajar tingkatan satu, Foo Zhi Qian yang yakin dengan kaedah pembelajaran melalui akhbar mampu membantu dirinya dan rakan-rakan untuk mendalami bahasa Inggeris. Program NIE, The Star ini sudah dilaksanakan sejak 12 tahun lalu dengan sisipannya diterbitkan empat kali sebulan pada setiap hari rabu merangkumi matapelajaran bahasa Inggeris, Sains dan Matematik. Melalui program ini, sebanyak 25,000 naskah akhbar The Star diedarkan kepada 80 bah sekolah di Ledang. SUMBER: PORTAL KHABAR ORANG JOHOR, MEDKOM.MY, 24 JULAI 2009 |
KES SMK TUN MAMAT MASIH DISIASAT
Ditulis oleh Aivizanoorwani Shah |
|
LEDANG: Jabatan Kesihatan negeri sedang berusaha mengesan punca sebenar pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Mamat dekat sini yang kini meningkat kepada 345 orang akibat mengalami simptom seperti sakit perut, cirit-birit serta pening kepala. Walaupun 10 sampel makanan sudah diambil dari kantin sekolah untuk dianalisis di Johor Bahru, Jabatan berkenaan belum dapat mengaitkannya secara langsung dengan simptom yang dialami oleh pelajar terbabit. Menteri Besar, Dato’ Abdul Ghani Othman berkata siasatan masih lagi dijalankan memandangkan ada di antara pelajar yang terlibat dengan simptom tersebut tidak membeli makanan dari kantin sekolah malah ada yang sedang berpuasa ketika itu. “Pelbagai aduan diterima mengenai perkara ini dan pihak Jabatan Kesihatan sedang mencuba mengenalpasti punca sebenar simptom ini. “Simptom ini tiada kaitan dengan Influenza H1N1 (selsema babi),” katanya. Beliau berkata demikian kepada wartawan ketika sidang media selepas majlis penyampaian Akhbar The Star untuk sekolah-sekolah daerah Ledang di dewan Sekolah Menengah Tengku Mahmood Iskandar, Sungai Mati, hari ini. Abdul Ghani berkata Pejabat Pendidikan bertindak menutup sekolah berkenaan mulai hari ini sehingga isnin depan bagi meredakan keadaan dan sebagai langkah kawalan. Sebelum ini, kantin sekolah itu diarahkan tutup berikutan 142 pelajar dan empat orang guru disyaki terlibat dengan kes keracunan makanan dan terpaksa mendapatkan rawatan di hospital pada rabu lalu. SUMBER: PORTAL KHABAR ORANG JOHOR, MEDKOM.MY, 24 JULAI 2009 |
MAKE ENGLISH FUN, SAYS JOHOR MB
He suggested that they use certain periods, other than English lessons, to promote the use of the language, such as during Physical Education classes.
“We in Johor have asked for the language to be properly taught in schools, and not by using English to teach Mathematics and Science.
“We support the government’s recent move to revert the use of the language for both subjects (to Bahasa Malaysia),” he said when launching The Star’s NIE (Newspaper-in-Education) project by 83 schools in Ledang at SMK Tengku Mahmud Iskandar in Sungai Mati yesterday.
The schools – 39 primary and 11 secondary (national), 22 Chinese, seven Tamil and four religious – would receive 30 copies of The Star each every Wednesday until the end of the term.
Abdul Ghani, who sponsored 25,000 copies of The Star for the NIE project, urged schools to encourage students to read and make English Literature part of their lessons.
Citing his own experience, he recalled reading Great Expectations by Charles Dickens when he was a schoolboy and said that by reading widely, he mastered the language.
Abdul Ghani, who was accompanied by The Star Circulation and Audience Development Department general manager G. Damodaram, said he picked the newspaper as it used simple but proper English.
“I want to thank the Education Department, Ledang district office and SMK Tengku Mahmud Iskandar for their commitment in organising today’s event,’’ he added.
SOURCE: THE STAR, 25 JULY 2009
24 Julai 2009
SINDIKET PROSES EKSTASI TUMPAS
JOHOR BAHRU 23 Julai – Polis berjaya menumpaskan sindiket pemprosesan pil ekstasi bernilai lebih RM500,000 dan menahan empat ahli kumpulan termasuk seorang wanita warga China dalam tiga serbuan berasingan di Muar, dekat sini Khamis lalu.
Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, dalam serbuan pertama kira-kira pukul 11 malam, seorang lelaki tempatan berusia 27 tahun dan seorang wanita tempatan berusia 23 tahun berjaya ditahan di sebuah rumah di Jalan Somerville, Gerisek, Muar.
“Beberapa peralatan, bahan memproses dan mencetak pil ekstasi termasuk dadah dalam bentuk serbuk disyaki ekstasi seberat 273 gram dan 34 biji pil turut dirampas.
“Hasil saringan awal polis juga mendapati lelaki terbabit positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine serta memiliki rekod jenayah lampau,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini semalam.
Mohd. Mokhtar berkata, susulan daripada penahanan itu, pihaknya berjaya memberkas seorang lagi lelaki tempatan berusia 49 tahun yang memandu Proton Wira di Jalan Pekan, Sungai Mati, Ledang pukul 3 pagi keesokannya bagi membantu siasatan.
Beliau berkata, seorang wanita warga China berusia 31 tahun turut ditahan dua jam selepas itu di sebuah rumah di Taman Sri Saujana, Muar kerana dipercayai terlibat dengan sindiket pemprosesan dadah berkenaan.
Antara yang dirampas dalam serbuan itu, katanya, termasuklah hampir 2,000 biji pil disyaki ekstasi serta 6681 gram serbuk dipercayai ekstasi yang membabitkan jumlah hampir RM500,000.
“Polis masih menyiasat kemungkinan sekiranya ada suspek-suspek yang ditahan merupakan dalang sindiket terbabit serta menyiasat sama ada dadah terbabit diseludup dari negara jiran mahupun sebaliknya.
“Hasil siasatan awal, polis percaya sindiket ini telah bergiat aktif di negeri ini sejak setahun lalu,” katanya.
SUMBER: UTUSAN MALAYSIA, 24 JULAI 2009
142 PELAJAR, 4 GURU KERACUNAN MAKANAN
Oleh Zalifah Mohd Yatim
zalifah@hmetro.com.my
Warga SMK Tun Mamat diberi rawatan pesakit luar
TANGKAK: Seramai 142 pelajar dan empat guru Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Mamat di sini dipercayai keracunan makanan dan diberikan rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Tangkak di sini sejak pagi kelmarin hingga pagi semalam.
Pelajar sekolah itu mula dihantar ke hospital berkenaan kira-kira jam 10.30 pagi, kelmarin dengan ambulans dan beberapa kereta guru.
Selepas jam 6.30 petang kelmarin hingga awal pagi semalam, lebih ramai pelajar sekolah itu dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan keluarga masing-masing.
Pengarah Jabatan Pelajaran Johor, Sufaat Tumin, berkata seramai 142 pelajar dan empat guru dihantar ke hospital sebagai pesakit luar kerana dipercayai keracunan makanan selepas menikmati juadah di kantin sekolah itu, kelmarin dan tiada yang dimasukkan ke hospital.
Beliau berkata, pihaknya bekerjasama dengan Jabatan Kesihatan Johor bagi mengenal pasti punca pelajar di sekolah itu mengalami muntah, cirit birit, sakit perut dan pening.
"Kantin sekolah itu sudah diarah tutup selama tiga hari bermula hari ini (semalam) dan pentadbiran sekolah akan menguruskan bekalan makanan untuk sementara ketika kantin itu ditutup.
"Pelajar juga dinasihatkan membawa bekalan makanan sendiri dari rumah," katanya ketika dihubungi semalam.
Sementara itu, tinjauan sehingga jam 1 petang semalam di perkarangan hospital, mendapati beberapa jam selepas sesi persekolahan bermula, ramai pelajar dan guru yang menunjukkan tanda keracunan makanan dihantar untuk mendapatkan rawatan.
Pegawai Pejabat Kesihatan Ledang, Dr Ahmad Nizal, berkata 10 sampel makanan sudah diambil dari kantin sekolah itu untuk dianalisis di Johor Bahru.
"Kes ini terkawal dan siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian itu," katanya.
Seorang pelajar yang enggan dikenali berkata, beliau makan 'hot dog' dan sambal di kantin kelmarin tetapi hanya muntah-muntah selepas sesi persekolahan bermula pagi semalam.
Katanya, selepas muntah beberapa kali di sekolah guru menghantarnya bersama beberapa rakan yang lain ke hospital untuk rawatan.
"Pelik juga ada rakan yang tidak makan di kantin tetapi turut keracunan makanan," katanya.
Seorang bapa, Jamaludin Abu Bakar, 38, berkata anaknya, Nur Shahrien pelajar tingkatan satu sekolah itu memaklumkan pening kepala sejak balik sekolah kelmarin.
SUMBER: BERITA HARIAN, 24 JULAI 2009
4 SUSPEK DISAMBUNG REMAN
JOHOR BAHRU: Tahanan reman terhadap empat suspek berkaitan kes rampasan serbuk dan pil Ecstasy bernilai lebih RM500,000 di Ledang pada 16 dan 17 Julai lalu dijangka disambung hari ini bagi membolehkan polis melengkapkan siasatan.
Sumber berkata, siasatan terhadap kes berkenaan masih dijalankan dan polis sedang memburu rangkaian kumpulan yang dipercayai beroperasi sejak setahun lalu itu dan menghantar bekalan Ecstasy ke bandar raya ini dan Kuala Lumpur.
“Kita akan menyambung reman terhadap suspek untuk melengkapkan siasatan sebelum kertas siasatan dibawa kepada timbalan pendakwa raya.
“Berdasarkan siasatan awal, wanita China itu tidak terbabit secara langsung dalam kegiatan memproses dan mengedar Ecstasy, tetapi teman wanita kepada salah seorang suspek dan dipercayai mengetahui aktiviti di rumah berkenaan,” katanya.
Semalam, akhbar melaporkan kegiatan kumpulan berkenaan turut menggunakan perisa buah-buahan seperti mangga, epal hijau dan limau kuning sebagai ramuan terbaru untuk membangkitkan aroma dan menjadikan pil khayal itu lebih enak ketika dinikmati pengunjung pusat hiburan terutama berteraskan irama muzik tekno.
Di samping bahan pewarna dan perisa buah-buahan untuk menentukan warna dan bau berkenaan, turut dicampur dalam ramuan itu bahan asas seperti beberapa jenis dadah lain termasuk syabu dan heroin serta racun tikus dan ubat nyamuk.
Racun tikus bahan asas untuk memberi kesan dahaga kepada pemakannya menyebabkan mereka sentiasa haus dan sudah tentu memberi keuntungan kepada pengusaha pusat hiburan yang hanya perlu menjual air mineral atau minuman pada harga ‘potong leher’, selain membuatkan kepala pengambil pil itu sentiasa bergoyang mengikut irama muzik.
Selain itu, pil itu memaparkan logo tersendiri yang dikaitkan sebagai lambang sesebuah sindiket selain ia berfungsi sebagai jenama serta mempunyai penggemar tersendiri yang kononnya serasi dengan logo tertentu.
Tidak ketinggalan, tepung seperti kanji digunakan bagi membolehkan ramuan itu melekat dan mudah dihasilkan berbentuk pil.
Penggunaan pelbagai bahan termasuk perisa itu dikesan selepas sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri menumpaskan sindiket memproses dan mengedar pil Ecstasy di sekitar Ledang pada 16 Julai lalu.
Pasukan itu menyerbu sebuah rumah di Jalan Somerville, Gerisik, Muar, jam 11 malam pada 16 Julai lalu dan menahan seorang lelaki berusia 27 tahun dan seorang wanita berusia 23 tahun, selain merampas sejumlah peralatan, bahan memproses dan mencetak Ecstasy.
Menurutnya, dalam serbuan itu, pihaknya merampas serbuk Ecstasy serbuk seberat 273 gram dan 34 biji pil Ecstasy dan ujian air kencing terhadap lelaki itu mendapati dia positif methamphetamine dan amphetamine, selain memiliki rekod jenayah lampau di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
Susulannya, jam 3 pagi keesokannya, polis memeriksa sebuah kereta Proton Wira dan menahan seorang lelaki berusia 49 tahun di Jalan Pekan, Sungai Mati, Ledang dan pemeriksaan dalam kereta itu menjumpai 20 biji Ecstasy.
SUMBER: HARIAN METRO, 24 JULAI 2009
PROGRAM PENEMPATAN PEKERJAAN 2009 DI MUAR
KARNIVAL KERJAYA
TARIKH: 25 JULAI 2009 (SABTU)
MASA : 9.00 PAGI - 5.00 PETANG
TEMPAT: PERKARANGAN PEJABAT TENAGA KERJA MUAR
JALAN OTHMAN, 84000 MUAR, JOHOR.
ANJURAN: PEJABAT TENAGA KERJA MUAR
Antara program disediakan: pendaftaran online, temuduga terbuka, pelbagai jawatan ditawarkan serta panduan dan tips temuduga.
Layari: http://www.jobsmalaysia.gov.my
Untuk temuduga, sila bawa resume, sijil-sijil dan dokumen yang berkaitan serta berpakaian kemas.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pejabat Tenaga Kerja Muar di talian 06-9522829 / 9511672.
ROGOL GADIS DIPENJARA EMPAT TAHUN
LEDANG 23 Julai - Seorang mekanik menyangka 'kegiatannya' bersama teman wanita di dalam kereta yang diletakkan di celah bangunan pada waktu malam tidak akan dilihat oleh orang ramai.
Namun nasibnya tidak baik.
Anggota unit peronda polis yang membuat pemantauan di kawasan berkenaan berjaya mengesan 'kegiatan' mereka.
Ekoran laporan ibu gadis itu, pemuda tersebut semalam didakwa di Mahkamah Sesyen Tangkak dekat sini atas tuduhan merogol gadis berusia 15 tahun itu.
Muhammad Nur Amin Aziz, 21, mengaku melakukan perbuatan berkenaan di dalam sebuah kereta yang diletakkan di celah bangunan di Taman Bakri Makmor, Muar pada pukul 9.30 malam, 14 Julai lalu.
Hakim Kamarudin Kamsun menjatuhkan hukuman penjara empat tahun terhadap pemuda itu setelah mengambil kira rayuan tertuduh.
''Saya berharap kamu telah benar-benar insaf. Dahulu seksyen ini memperuntukkan hukuman minimum namun sekarang sudah tiada lagi.
''Memandangkan ini adalah kesalahan pertama kamu, saya beri peluang dengan menjatuhkan hukuman penjara selama empat tahun,'' katanya.
Di bawah peruntukan Seksyen 376 Kanun Keseksaan, tertuduh yang didapati bersalah boleh dijatuhkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.
Terdahulu, tertuduh dalam rayuannya menyatakan, mangsa merupakan kekasihnya dan dia juga tidak mengetahui hukuman berat atas kesalahannya itu.
Dia juga meminta Mahkamah meringankan hukuman memandangkan dia turut membantu ibu bapa menyara adik-beradiknya yang masih bersekolah.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Fadli Sutris manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.
SUMBER: UTUSAN MALAYSIA, 24 JULAI 2009
23 Julai 2009
THE 12 WONDERS OF JOHOR
Kota Iskandar is the new administrative centre of the Johor state government. |
Gunung Ledang is a popular spot for field trips and motivation camps. |
The Kluang Rail Coffee is famous for its coffee and toast. |
Danga Bay is a recreation park and waterfront city which includes a marina. |
"Some of the districts have already set up information centres while others are in the process of doing it. At the information centres, tourists will be given maps which will point the way to local attractions," said Hoo.
The 12 icons are:
The Sultan Ibrahim Building
State assembly sittings were held there for 69 years before the opening of the state's new administrative centre in Kota Iskandar on June 18.
It was constructed between 1936 and 1939 and officially opened by the late Sultan Ibrahim a year later. The building was used by the Japanese Imperial Army as a fortress and command centre during the Japanese Occupation.
Royal Abu Bakar Museum
Built by Sultan Abu Bakar in 1866, the museum has an extensive display of cultural treasures and art collections. Among the attractions which will delight visitors are the ceremonial regalia, personal memorabilia, antique furniture and cultural artifacts belonging to the royal family.
Kota Iskandar
Formerly known as the Johor State New Administrative Centre, Kota Iskandar is the new administrative centre of the Johor state government. It is named after Sultan Iskandar and is the first phase of the Nusajaya development project.
Much thought had been put into its design. Various architectural concepts and themes were incorporated into the designs of the Johor State Assembly building, the menteri besar's office building and the state government and state secretary's offices.
Within its proximity are other attractions such as the Medini and Puteri Harbour.
Danga Bay
Scheduled to be completed by 2011, Danga Bay is a recreation park and waterfront city which will feature a marina, an international convention centre, a boutique hotel, a budget hotel and an office block .
The massive project covers over 562ha of waterfront land at the estuary of three rivers -- Sungai Danga, Sungai Skudai and Sungai Melayu.
Tanjung Piai
Situated at the southernmost tip of Asia, Tanjung Piai is at the forefront of the tourism industry in Johor.
The park was declared a Ramsar site in 2003 and is home to many species of mangroves, birds and wildlife like mudskippers, mangrove crabs, macaques and Brahminy Kites, also known as the red-backed sea eagle.
Pulau Rawa
Johor has more than 70 islands, many of which are popular tourist destinations, but Pulau Rawa springs to mind if you want some peace and tranquility.
It is a coral island located off the east coast, about 16km by boat from Mersing town. It is popular with locals as well as tourists from Singapore, especially those who want to escape the concrete jungle and enjoy pristine, sandy beaches and activities like snorkelling and scuba diving.
Visitors to Pulau Rawa can also island hop to neighbouring islands such as Pulau Aur, Pulau Tinggi and Pulau Pemanggil.
Pulau Sibu
It is not surprising why this little gem of a place is among the "12 wonders of the state". Friendly deer and beautiful peacocks roam freely outside chalets designed to offer guests a kampung ambience and let them reflect on the simplicity of life.
For snorkelling, there is a cluster of islets such as Kukus and Lima, near Sibu Besar, which is a coral paradise teeming with fish of many colours, shapes and sizes. There are also activities such as jungle trekking, archery, obstacle course and fishing.
The island is located on the eastern coast, facing the South China Sea.
Taman Negara Endau-Rompin
The 48,905ha national park is home to a variety of animals, including the rare Sumatran rhinoceros, birds, reptiles and amphibians. It is common to come face to face with a tiger or to find their tracks criss-crossing your path.
The park offers accommodation such as chalets, dormitories and camp sites at its headquarters in Kampung Peta, as well as Kuala Jasin.
Gunung Ledang
Also known as Mount Ophir, Gunung Ledang is a 1,276 metre high mountain located between the Muar-Malacca border. It has a clear trail leading to the peak, and is a popular destination for school field trips, motivation camps and character-building activities.
Desaru
It is easy to be disarmed by the charms of Desaru, also known as the Village of Casuarinas. The breathtakingly beautiful beach resort is a popular destination for Singaporeans, who flock at the beach and golf courses for a weekend getaway.
Located about 80km from Johor Baru, the retreat offers a pristine stretch of sandy beach, and activities like windsurfing, canoeing and other forms of watersports.
Kukup
A small fishing village in the district of Pontian, about 40km southwest of Johor Baru, Kukup is popular with tourists for its quaint atmosphere, refreshing sea breeze and cheap seafood. The homestays, which offer modest but neat and affordable accommodation, re-introduce one to a simple, uncluttered lifestyle.
For city slickers, the fishing village is the perfect getaway from the hustle and bustle of city life.
Kluang
Founded in 1915, Kluang used to be the administrative capital for central Johor. The main railway line linking north Malaysia to the south passes through Kluang, which helped the district grow and prosper.
Kluang Rail Coffee comes to mind at the mere mention of the town. Located at the Kluang Railway Station, one can see patrons making a beeline for that uplifting cup of coffee to go with toast.
SOURCE: JOHOR STREETS, NST, 23 JULY 2009
KANTIN SMK TUN MAMAT DITUTUP 3 HARI
TANGKAK: Kantin Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Mamat di sini, diarahkan tutup tiga hari bermula semalam berikutan disyaki kes keracunan makanan membabitkan 142 pelajar dan empat guru sejak pagi kelmarin.
Pelajar sekolah berkenaan juga dinasihatkan membawa bekalan makanan sendiri dari rumah selepas kejadian mengakibatkan pelajar dan guru terpaksa diberikan rawatan pesakit luar di Wad Kecemasan Hospital Tangkak.
SUMBER: HARIAN METRO, 23 JULAI 2009
FOUR ARRESTED IN ECSTASY BUST
The authorities raided a house in Gerisek, Muar, at about 11pm on July 16 and arrested a man and a woman, aged 27 and 23 following a tip-off.
Equipments used to process Ecstasy, 273gm of Ecstasy powder and 34 pills were also confiscated during the raid.
Police then arrested a 49-year-old man in Sg Mati in Ledang at around 3am the next day and seized 20 ecstasy pills from his Proton Wira.
Subsequent investigations led police to another house, which had been used as a processing laboratory, in Taman Sri Saujana, Muar, where they arrested a 31-year-old Chinese female national.
A total of 10,967 Ecstasy pills and 6kg of Ecstasy powder were seized from the premises along with equipment.
Johor police chief Deputy Comm Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff said the syndicate had been operating for a year, supplying drugs to users in the state.
“We are investigating further to uncover the mastermind behind the operation,” he told reporters here yesterday.
In an unrelated case, DCP Mohd Mokhtar said police detained two men believed to be responsible for several robberies while impersonating as policemen.
The suspects, aged 30 and 37, were caught after police inspected their Toyota Vios at Taman Industri Plentong on July 21 and found army and police caps, two toy pistols and a steel cutter.
In another case, police said they were looking for a 39-year-old Sri Lankan national named Sri Langka Sam, also known as Mohammad Razue, to assist in investigations into the murder of former Tenggaroh assemblyman Datuk S. Krishnasamy.
SOURCE: 23 JULY 2009
22 Julai 2009
BOTOL PLASTIK PENGGANTI LAMPU
Oleh Mohd Izham Unnip Abdullah
bhnews@bharian.com.my
RUANGAN dalam bangunan LEO SESB di Tanjung Aru yang menggunakan lampu daripada botol plastik berisi air. |
Menerusi kaedah itu, botol plastik berisi air akan dipasang di atap bangunan bagi membolehkan cahaya matahari memasuki ruangan dewan atau bilik dan menerangi kawasan berkenaan secara semula jadi.
Pengurus Zon Tengah Kendalian Pembahagian SESB Kota Kinabalu, Willie Wong, berkata cahaya yang dihasilkan menerusi kaedah itu menyamai kekuatan cahaya lampu biasa yang menggunakan tenaga elektrik.
Beliau yang menjalankan kajian penggunaan kaedah itu sejak awal tahun ini berkata, jika dilaksanakan, ia mampu menjimatkan penggunaan elektrik untuk lampu pada waktu siang sehingga 100 peratus.
"Botol plastik berisi air yang dipasang di atap bangunan akan memancarkan cahaya terang dan kelihatan seperti cahaya lampu biasa kerana air dalam botol itu bertindak seperti prisma.
"Konsepnya sama seperti memasang zink lutsinar tetapi cahaya matahari yang memasuki ruang bangunan akan menjadi lebih terang berbanding cahaya biasa jika menggunakan zink lutsinar," katanya di sini, kelmarin.
Wong berkata, pengguna yang ingin memasang kaedah itu tidak memerlukan kos tinggi kerana hanya perlu mengumpul botol plastik terpakai untuk dipasang pada atap bangunan.
Katanya, botol plastik yang diisi air akan dilekat menggunakan pelekat silikon secara menegak di atas atap manakala bahagian bawah botol diletak menghadap ruangan bangunan.
"SESB sudah memasang kaedah ini di bilik serbaguna kami di pejabat SESB Tanjung Aru sejak awal tahun ini dan sekarang ia berfungsi dengan baik tanpa kebocoran.
"Sebagai tambahan, kami turut memasang satu sistem jatuhan air dalam bangunan untuk menghasilkan udara sejuk tanpa menggunakan pendingin hawa.
"Pada masa sama, kami juga memasang sistem solar bagi menghasilkan tenaga elektrik untuk menghidupkan kipas dan lampu bagi kegunaan pada waktu malam," katanya.
Katanya, gabungan penggunaan botol plastik, sistem jatuhan air dan tenaga solar dalam satu bangunan dikenali sebagai sistem Pejabat Tenaga Rendah atau Low Energy Office (LEO) yang berkonsepkan teknologi hijau.
Beliau berkata, SESB mengalu-alukan orang ramai yang ingin melihat keberkesanan kaedah itu dan bersedia memberikan panduan kepada sesiapa yang ingin memasangnya.
"Kaedah ini berpotensi digunakan dalam pejabat atau dewan kerana atap perlu ditebuk bagi memasang botol plastik.
"Berdasarkan apa yang kami lakukan, ia berkesan untuk menjimatkan tenaga tanpa menjejaskan keselesaan orang ramai kerana langkah itu memaksimumkan penggunaan sumber semula jadi seperti cahaya matahari," katanya.
SUMBER: BERITA HARIAN, 22 JULAI 2009
21 Julai 2009
BUKIT KEPONG PIKAT HATI JURI
Oleh Junita Mat Rasid
junita@bharian.com.my
TANGKAK: Kampung Durian Condong, dekat sini, mencatatkan sejarah tersendiri apabila dinobatkan sebagai pemenang Pertandingan Pengkisahan Kenegaraan Peringkat Kebangsaan, baru-baru ini.
Persembahan selama 15 minit cerita dan adegan komunis menyerang Balai Polis Bukit Kepong berjaya menambat hati juri untuk mengiktiraf pasukan itu sebagai johan dan membawa pulang piala iringan serta wang tunai RM3,000.
Kampung Durian Condong yang diwakili oleh tiga peserta iaitu Rohaina Sulaiman, Shamsul Suziman Abdul Razak dan Radin Azman Hanafi mewakili Johor pada pertandingan itu mengalahkan 15 pasukan lain untuk muncul johan.
Kemenangan pasukan itu diraikan dalam Majlis Kesyukuran yang diadakan di balai raya kampung itu dengan peserta diarak dengan paluan kompang, bunga manggar diiringi motosikal dalam majlis yang turut dihadiri oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Serampang, Tahir Taat dan Penolong Pengarah Gerak Saraf dan Pengurusan Isu, Jabatan Penerangan Johor, Hashim Bedu.
Pada majlis itu juga Tahir turut menyerahkan piala iringan kepada Hashim sebagai simbolik kemenangan yang dicapai oleh Kampung Durian Condong.
Tahir dalam ucapannya pada majlis itu, mengucapkan tahniah kepada pelakon dan kakitangan yang terbabit dalam pementasan pengkisahan sejarah peristiwa Bukit Kepong itu dan menganggap kemenangan peserta dari Kampung Durian Condong itu sebagai bukti semangat `kita boleh'.
"Walaupun kita jauh di pedalaman tetapi penduduk kampung juga mempunyai potensi dan kebolehan menunjukkan bakat masing-masing. Jangan ingat kita dari Kampung Durian Condong, kita tidak boleh kerana sebenarnya kita mampu untuk mencapainya," katanya.
Katanya, pengkisahan mengenai peristiwa Bukit Kepong yang ditonjolkan oleh pasukan dari Johor itu juga dapat menyemai semangat cinta kepada negara dan memastikan negara sentiasa dalam keadaan aman dan damai.
Sementara itu, Ketua Kampung Durian Condong, Anuar Hamzah, yang mengetuai pasukannya ke pertandingan yang diadakan di Jitra, Kedah, baru-baru ini berkata, kerjasama pelbagai pihak terutama Muzium Polis Diraja Malaysia yang meminjamkan peralatan serta bantuan Jabatan Penerangan Ledang dan Johor membolehkan pasukan kampung itu mencatatkan kemenangan.
Katanya, pasukannya berlatih kira-kira sebulan dengan bimbingan guru Sekolah Kebangsaan Bukit Kepong yang juga adiknya sendiri, Maznah Hamzah, berjaya menghasilkan persembahan mantap sehingga mencatatkan kemenangan.
SUMBER: BERITA HARIAN, 21 JULAI 2009
SILAT SENDENG IS STATE'S OFFICIAL MARTIAL ARTS
SILAT sendeng has been chosen as the official silat of Johor. The Johor Heritage Foundation (YWJ) will decide on how the silat is to be promoted in the country.
Datuk Abdul Ghani Othman says silat sendeng belongs to the Malays of Johor |
Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman said silat sendeng was chosen as it was created and founded in Johor and therefore carried the identity of the state.
He said the state government wants to promote silat sendeng the way it has been promoting zapin, which is integral to the state.
"Silat sendeng is officially owned by the Malays of Johor as it was created and founded by a Johorean 54 years ago in Bukit Kangkar, near Sungai Mati in the district of Ledang," said Ghani.
"Therefore, it is appropriate for the state government to recognise silat sendeng as the official silat of Johor. This silat has its history and there are guidelines."
Also present were state Rural and Regional Development, Arts, Culture and Heritage Executive Commitee chairman Asiah Md Ariff, YWJ director Jama Johan, Pertubuhan Seni Silat Sendeng Malaysia (PSSSM) Ismail Saidin and Johor PSSSM chief Ahmad Nazari Abd Hamid.
About 1,000 silat exponents from the ages of 5 to 80 from all over the state attended the gathering.
Ghani also launched a book entitled Seni Silat Sendeng Sejarah dan Kurikulum Pembelajaran written by YWJ history officer Kamdi Kamil at the event.
SOURCE: NST JOHOR STREETS, 21 JULY 2009
BOM PALSU DI MAHKAMAH TINGGI MUAR
MUAR: Ketika kota Jakarta, Indonesia kecoh dengan dua letupan bom menggegarkan hotel mewah menyebabkan sembilan maut dan 53 cedera, seorang lelaki di daerah ini cuba buat `dajal' apabila membuat panggilan palsu dengan memaklumkan ada bom di bangunan Mahkamah Tinggi/Sesyen Muar di sini, pagi semalam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Muar, Superintendan Lee Choon Guan, berkata seorang kerani wanita mahkamah menerima panggilan daripada seorang lelaki tidak dikenali yang menghubungi talian pejabat memaklumkan terdapat bom di bangunan itu kira-kira jam 10.30 pagi.
Katanya, maklumat itu disalurkan ke Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Muar, lima minit kemudian sebelum arahan dikeluarkan supaya bangunan itu dikosongkan manakala sebahagian Jalan Petrie menghadap Bangunan Sultan Abu Bakar ditutup kedua-dua arah daripada lalu lintas.
SUMBER: HARIAN METRO, 21 JULAI 2009
JUARA PENGISAHAN KENEGARAAN PERINGKAT KEBANGSAAN DIRAI
|
|
Ketiga-tiga peserta yang mewakili Johor pada pertandingan akhir di Jitra, Kedah itu diarak di atas kenderaan pacuan empat roda sambil menjulang piala kemenangan dan sambutan turut dimeriahkan lagi dengan percikan bunga api.
Kejayaan peserta-peserta terbabit; Rohaina Sulaiman, Shamsul Saziman Abdul Razak dan Radin Azman Hanafi secara tidak langsung telah menyatukan para penduduk di dalam satu temasya bagi berkongsi rasa kebanggaan.
Malah, seekor lembu dan dua ekor kambing turut disembelih bagi majlis keraian tersebut yang turut diserikan dengan paluan kompang serta tarian zapin.
Ketua Kampung Durian Condong yang juga Pengerusi K-Bistari kampung berkenaan, Anuar Hamzah berkata, kejayaan ketiga-tiga anak kampungnya itu membuktikan anak luar bandar turut mempunyai bakat untuk diangkat.
''Saya rasa bukan sahaja Kampung Durian Condong, malah seluruh Johor turut berbangga dengan kejayaan ini.
''Sememangnya kami telah berusaha bersungguh-sungguh dan pelbagai pengorbanan telah dibuat untuk mencapai tahap ini," katanya yang ditemui pemberita di majlis keraian di sini baru-baru ini.
Menurut Anuar, pasukan dari kampungnya itu telah membawa penceritaan tragedi serangan komunis terhadap Bukit Kepong dan ia telah menyentuh perasaan para juri pertandingan.
''Di sini, kami ingin turut merakamkan rasa penghargaan terhadap pihak Muzium Bukit Kepong serta Polis Diraja Malaysia yang telah banyak membantu sehingga penceritaan tragedi ini menjadi lebih berkesan," katanya.
Majlis keraian tersebut turut diserikan dengan kehadiran Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Serampang, Tahir Taat, Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Mohammad Nasir Ramli serta Penolong Pengarah Gerak Saraf dan Pengurusan Isu, Jabatan Penerangan Johor, Hashim Bedu.
SUMBER: UTUSAN MALAYSIA, 21 JULAI 2009
20 Julai 2009
BERSIHKAN TANJUNG KETAPANG
utusanjohor@utusan.com.my
|
|
Tinjauan Utusan Malaysia mendapati sampah-sarap seperti plastik makanan ringan bertaburan di sebahagian kawasan rekreasi berkenaan.
Keadaan tersebut sedikit sebanyak menjejaskan pemandangan di kawasan yang menjadi tarikan di bandar ini.
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Muar (MPM), Abdul Wahab Ridwan ketika mengulas perkara itu mengakui kesal dengan sikap pengunjung yang mengabaikan tahap kebersihan di kawasan rekreasi itu.
"Masalah ini tidak sepatutnya timbul kerana MPM telah menyediakan tong sampah yang mencukupi untuk para pengunjung.
"Malah, kami juga telah menggunakan rekaan tong sampah yang tidak dapat diselongkar oleh kumpulan kera di kawasan itu," katanya.
Beliau memberitahu, kesedaran masyarakat untuk menjaga kebersihan di kawasan awam perlu ditingkatkan supaya mereka meninggalkan tabiat membuang sampah merata-rata.
''Perkara ini berkait rapat dengan imej bandar Muar dan kita semua mahu industri pelancongan di bandar ini terus berkembang dan tidak terjejas kerana masalah ini," ujarnya.
SUMBER: UTUSAN MALAYSIA, 20 JULAI 200919 Julai 2009
PAK MATLOB TERIMA HADIAH KARYAWAN SASTERA JOHOR
|
|
Anak kelahiran Semerah, Batu Pahat itu dipilih menerima anugerah tertinggi pada majlis tersebut berikutan sumbangan penulisannya yang berjaya mengharumkan nama negeri ini di peringkat nasional dan antarabangsa.
Anugerah itu yang melayakkan beliau menerima wang tunai RM7,000 disampaikan oleh Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada di sini.
Hadiah Sastera Darul Ta'zim diwujudkan sejak 1996 sebagai penghargaan kepada para penulis di negeri ini atas sumbangan mereka dalam mengembangkan bidang sastera dan bahasa.
Anugerah dwitahunan itu dianjurkan oleh kerajaan negeri menerusi Yayasan Warisan Johor dan mendapat kerjasama Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena), Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Selatan (DBPWS), Majlis Kebudayaan Negeri Johor (MKNJ) dan Persatuan Penulis Johor (PPJ).
Pak Matlob yang juga bekas Pengarang Pendidikan Utusan Melayu (1993-1998) telah menghasilkan 400 buah buku dalam pelbagai bidang, kebanyakannya dalam penulisan jawi dan sastera kanak-kanak.
Pada tahun lalu, UMNO telah memilih beliau untuk menerima Anugerah Melayu Cemerlang manakala di peringkat negeri, Pak Matlob dipilih menerima Anugerah Tokoh Pejuang Jawi daripada Persatuan Penulis Johor sempena Bulan Bahasa dan Sastera negeri.
Beliau juga telah dipilih membentangkan kertas kerja bertajuk Perancangan, Penghasilan dan Pengedaran Buku-Buku Untuk Kanak-kanak dan Orang Muda di Asia pada seminar Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) 1975.
Dalam bidang penulisan jawi, Pak Matlob banyak memberi sumbangan berharga kepada akhbar dan majalah, antaranya beliau pernah mengelolakan ruangan Pandai Jawi dan Belajar Jawi di Utusan Malaysia.
Beliau juga dilantik sebagai kolumnis ruangan Warisan Bangsa di majalah Pelita Bahasa terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).
Sumbangan beliau dalam sastera kanak-kanak juga dapat dilihat dengan jelas menerusi penulisannya di pelbagai akhbar di negara ini antaranya di Mingguan Malaysia, Berita Minggu dan Utusan Zaman.
Pak Matlob dilahirkan pada 5 Julai 1937 dan pernah berkhidmat sebagai guru selama 36 tahun.
Beliau mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim dan melanjutkan pengajian di Maktab Perguruan Bahasa, Lembah Pantai, Kuala Lumpur.
SUMBER: MINGGUAN MALAYSIA, 19 JULAI 2009
KUASAI BAHASA MENERUSI SASTERA - MB
JOHOR BAHRU 18 Julai - Usaha menguasai sesuatu bahasa mesti dilakukan melalui penggunaan bahasa itu dalam mata pelajaran kesusasteraan, bukan menerusi mata pelajaran berbentuk teknikal.
Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman berkata, ini kerana bahasa dalam kesusasteraan digunakan setiap hari dan berupaya menggambarkan perasaan serta pemikiran yang tidak dapat diwakili oleh angka dan statistik.
"Bahasa dalam kesusasteraan bukan sahaja menimbulkan keindahan tetapi juga keseronokan kerana apa yang dipaparkan adalah mainan perasaan dan pemikiran daripada pengalaman serta imaginasi penulis.
"Sebab itu, untuk dapat menguasai sesuatu bahasa ia tidak mungkin dapat dilakukan dengan berkesan melalui mata pelajaran teknikal," ujarnya.
Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian Majlis Penyampaian Hadiah Sastera Darul Ta'zim Ketujuh di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada di sini semalam.
Beliau turut melancarkan antologi Kidung Akarku yang menghimpunkan karya Hadiah Sastera Darul Ta'zim Keenam.
Pada bahagian pendahuluan antologi itu, Abdul Ghani berkata, kaedah mempelajari bahasa Inggeris di sekolah perlu diperkukuhkan bagi menguasai bahasa itu.
Jelasnya, negara seperti Denmark, Sweden dan Finland turut menggunakan bahasa mereka sendiri di sekolah dan universiti, namun dalam masa sama pelajar di negara tersebut dapat menguasai bahasa Inggeris.
Beliau turut menyentuh kepentingan bahasa ibunda dalam membangunkan tamadun dan teknologi dengan menyingkap sejarah ketika Eropah bangkit daripada zaman kegelapan melalui ilmu yang ditimba di pusat tamadun Islam seperti di Baghdad.
"Pengkaji Eropah belajar bahasa Arab dan membawa pulang semua ilmu tersebut untuk diterjemahkan ke dalam bahasa masing-masing.
"Mereka membangunkan tamadun dan teknologi yang berasaskan bahasa Arab tetapi tidak menyebarkannya kepada bangsa mereka dalam bahasa Arab," katanya.
SUMBER: MINGGUAN MALAYSIA, 19 JULAI 2009
16 Julai 2009
LELAKI SAMUN RAKAN IBU KENA 15 TAHUN
Oleh Junita Mat Rasid
junita@bharian.com.my
Penghidap HIV mengaku rompak warga emas
TANGKAK: Seorang lelaki yang juga penghidap HIV dihukum penjara 15 tahun penjara oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam kerana merompak dua gelang tangan milik dua wanita termasuk seorang warga emas yang juga kenalan ibunya.
Tertuduh, 35, mengaku bersalah merompak seutas gelang tangan seorang warga emas berusia 78 tahun, ketika mangsa sedang menyiram bunga di rumahnya, dalam kejadian di Muar, kira-kira jam 8 pagi, 16 Jun lalu.
Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa merompak gelang tangan emas seorang wanita berusia 54 tahun ketika mangsa datang ke rumah tertuduh di Kampung Jayor, dekat Pagoh, pada jam 2.15 petang, 5 Jun lalu.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 14 tahun dan denda atau sebat.
Hakim Kamarudin Kamsun, menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun bagi kesalahan pertama dan lapan tahun penjara bagi kesalahan kedua.
Bagaimanapun, beliau memerintahkan supaya hukuman itu berjalan serentak menjadikan tertuduh hanya perlu menjalani hukuman penjara lapan tahun.
Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Fadhli Mat Satris manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Sementara itu, di mahkamah sama, seorang lelaki berusia 19 tahun dihukum penjara lima tahun selepas mengaku bersalah meragut beg tangan milik seorang wanita, di hadapan Syarikat Leong Hup, Jalan Abdullah, Muar, kira-kira jam 8.10 pagi, 6 Julai lalu.
Hakim Kamarudin memerintahkan Firdaus Khamis menjalani hukuman itu bermula daripada tarikh dia ditahan iaitu pada hari kejadian.
Mengikut fakta kes, tertuduh meragut beg tangan ketika mangsa keluar daripada kereta di hadapan tempat kerjanya di Syarikat Leong Hup, dan mangsa yang menjerit menyebabkan beberapa orang awam yang berada di tempat kejadian berjaya menahan tertuduh bersama beg tangan berkenaan sebelum diserahkan kepada polis.
SUMBER: BERITA HARIAN, 16 JULAI 2009
100 KUBUR PENGIKUT TEMENGGONG TERBIAR, SEMAK
Oleh Jamaludin Husin
bhnews@bharian.com.my
Persatuan minta Yayasan Warisan Negeri bangun semula kawasan
Keadaan itu menyebabkan banyak batu nisan di tanah perkuburan itu rebah, manakala sebahagian lagi hilang dipercayai dihanyutkan air ke sungai ketika banjir.
Persatuan Waris Temenggong Muar (Pewaris) Johor yang berjaya mengesan tanah perkuburan lama itu selepas lawatan Profesor Mika Okushima, 39, dari Kanda University of International Studies, Jepun, ke makam Temenggong Muar ketujuh di kampung itu, pada Mac lalu bertindak membersihkan tanah perkuburan berkenaan, baru-baru ini.
Justeru, Pewaris berharap usaha dilakukan itu mendapat menarik perhatian Yayasan Warisan Negeri Johor, membangunkan semula makam pembesar Muar supaya dapat dijadikan sebagai produk pelancongan di daerah ini.
Pengerusi Pewaris, Raja Abdul Rahman Raja Basok, 44, berkata selain melawat daerah ini, Okushima melakukan lawatan ke Segamat bagi meninjau keadaan enam lagi makam Temenggong Muar yang disemadikan di Kampung Makam, Lubuk Batu, di daerah itu.
Beliau berkata, lawatan Okushima sebahagian daripada usaha Kementerian Pendidikan Jepun untuk menerbitkan buku mengenai sejarah Temenggong Muar dan yang berkaitan dengan pemerintahan Kesultanan Johor Lama.
"Bagi mengelak kubur lama di pesisiran sungai itu terus terbiar, Pewaris bersama 10 ahlinya bergotong-royong membersihkan tanah perkuburan berkenaan dalam usaha mengesan lebih banyak kubur keturunan Temenggong Muar yang disemadikan di situ.
"Peserta gotong-royong itu daripada beberapa waris Temenggong Muar ketujuh, yang masih hidup dan tinggal di beberapa kampung di daerah ini dan Segamat," katanya ketika di temui di kampung berkenaan.
Katanya, selain kubur lama dibersihkan, peserta membersihkan makam Engku Mohamad Salleh yang mangkat pada 1902 dan masih ada di kampung itu.
Seorang ahli Pewaris, Mohd Yunus Kassim, 58, berkata bagi membolehkan kampung itu dikunjungi pelawat luar kawasan, kerajaan perlu menyediakan kemudahan asas dan infrastruktur termasuk menaikkan taraf jalan raya.
Beliau berkata, pihak berkuasa tempatan (PBT) pula wajar memasang papan tanda nama Kampung Pangkalan Kota dan Makam Temenggong Muar di persimpangan jalan masuk ke Durian Condong dari pusat bandar.
"Langkah membangunkan Makam Temenggong Muar dengan mewartakannya sebagai destinasi pelancongan boleh menjana ekonomi penduduk kampung melalui perniagaan dan perusahaan.
"Tindakan itu juga selaras hasrat kerajaan negeri untuk menjadikan kesan peninggalan sejarah yang banyak di sepanjang pesisiran Sungai Muar terutama di kawasan pedalaman daerah ini sebagai produk pelancongan, " katanya.
Ketua Kampung Pangkalan Kota, Anwar Hamzah, 53, berkata langkah membangunkan semula Makam Temenggong Muar yang bersemadi di kampung itu, selain menjadi tarikan pengunjung, boleh dijadikan rujukan dan panduan orang ramai mengenai sejarah Muar khususnya generasi muda.
Beliau berkata, bagi memastikan tanah perkuburan lama itu mendapat penjagaan lebih sempurna, pihak berkuasa perlu mewartakannya sebagai Makam Pembesar Muar, sekali gus dapat menarik lebih ramai pelancong ke daerah ini.
Katanya, jika sebelum ini makam itu boleh dilawati seorang profesor dari Jepun, tidak mustahil lebih ramai pengkaji sejarah dari negara luar datang membuat kajian mengenai sejarah Muar pada masa akan datang.
SUMBER: BERITA HARIAN, 16 JULAI 2009