PENGUNJUNG SETIA

12 Julai 2009

3 KETUA BLOK SEMBANG PORTAL KHABAR ORANG JOHOR TERIMA HADIAH

Ketua Blok pertama, Rudy sedang menerima hadiah daripada Setiausaha Akhbar Menteri Besar Johor, Saodi Mat Atar.

Ketua Blok kedua, Pjusfiza menerima hadiah daripada Saodi Mat Atar.

Adisabariman selaku Ketua Blok ketiga ruangan Sembang Portal Khabar Orang Johor menerima hadiah daripada Saodi Mat Atar.

LEDANG 11 Julai: Sempena program Jelajah Johor 2009 bagi Zon B di daerah Muar dan Ledang, pihak MEDKOM Pejabat Menteri Besar Johor telah mengadakan majlis penyampaian hadiah kepada 3 orang Ketua Blok pertama yang aktif dalam ruangan Sembang Portal Khabar Orang Johor.

Penyampaian hadiah itu telah disampaikan oleh Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar Johor, Saodi Mat Atar selepas majlis makan malam untuk semua peserta Jelajah Johor di Gunung Ledang Resort, Sagil, malam tadi.

Hadir sama dalam majlis itu Editor MEDKOM, Rabiey Besah dan Pengarah Program Jelajah Johor, Mohd Fadzli Abu Bakar.

Tiga orang Ketua Blok itu yang aktif 'bersembang' dalam portal Khabar Orang Johor ialah Rudy, Pijusfiza dan Adisabariman.

Portal Khabar Orang Johor boleh dilayari melalui www.medkom.my dan para pengunjung boleh mendapatkan berbagai maklumat dan berita mengenai negeri Johor. -iNFOLEDANG

Tiada ulasan: