PENGUNJUNG SETIA

02 Julai 2009

10 PERATUS GOLONGAN MUDA MILIKI KAD KREDIT

KETATKAN syarat bagi pemohon kad kredit! Gesaan itu dibuat Anggota Parlimen, Hamim Samuri (BN-Ledang) ketika membahaskan Rang Undang-undang Bank Negara Malaysia 2009 di Dewan Rakyat, semalam.

Katanya, kira-kira 10 peratus pemegang kad kredit terdiri golongan muda yang belum mempunyai pendapatan tetap sekali gus berdepan kemungkinan diisytihar muflis.

“Mereka ini boleh diisytihar bankrap jika gagal menjelaskan hutang.

“Mungkin ada di kalangan golongan muda tanpa pendapatan tetap ini beroleh kad kredit kerana mempunyai ibu bapa kaya, tetapi bagaimana jika berlaku sesuatu contohnya ibu bapa meninggal dunia, sekali gus gagal membayar hutang kad kredit...apa akan jadi kepada mereka,” katanya.

SUMBER: HARIAN METRO, 2 JULAI 2009

Tiada ulasan: