PENGUNJUNG SETIA

10 Julai 2009

PERHIMPUNAN SILAT SENDENG 2009

Ditulis oleh Hamirul Hairi


Kerajaan negeri menerusi Yayasan Warisan Johor (YWJ), dengan kerjasama Pertubuhan Seni Silat Sendeng Malaysia dan Pejabat Derah Ledang akan menganjurkan Pehimpunan Silat Sendeng 2009 pada hari Sabtu, 11 Julai ini bertempat di Dataran Tangkak, Ledang.

Perhimpunan yang julung kali diadakan itu akan menghimpunkan kira-kira 1,000 aktivis seni silat sendeng dari seluruh Johor.

Perhimpunan itu bertujuan untuk mengekalkan, mengembangkan dan memartabatkan seni silat itu sebagai khazanah warisan bangsa, sekali gus dapat mengketengahkan silat sendeng kepada masyarakat Johor.

Seni silat sendeng diasaskan oleh Allahyarham Haji Abdul Hamid Hamzah di Sungai Mati, Muar pada tahun 1955.

Menteri Besar, Dato' Abdul Ghani Othman merangkap Penaung Persatuan Silat Sendeng Malaysia Negeri Johor dijangka akan merasmikan perhimpunan itu serta melancarkan buku Seni Silat Sendeng: Pembelajaran dan Kukurikulum Pembelajaran.

SUMBER: PORTAL KHABAR ORANG JOHOR MEDKOM.MY 10 JULAI 2009

Tiada ulasan: