PENGUNJUNG SETIA

27 Julai 2009

GANGGUAN AIR DI LEDANG KHAMIS INI

JOHOR BAHRU 26 Julai - Orang ramai di beberapa kawasan di sekitar Muar dinasihatkan supaya menyimpan bekalan air secukupnya kerana gangguan bekalan air akan berlaku pada Khamis ini.

Ketua Jabatan Komunikasi Korporat Syarikat Air Johor Holdings Sdn. Bhd. (SAJH), Jamaluddin Jamil berkata, gangguan tersebut disebabkan kerja-kerja penyelenggaraan loji air Gersik, Muar, dekat sini.

Katanya, gangguan 18 jam itu akan bermula pukul 10 pagi dan dijangka berlarutan sehingga pukul 4 pagi keesokannya.

Kawasan terlibat adalah sepanjang Jalan Muar-Melaka dari Jambatan Sultan Ismail ke Sungai Kesang di sempadan Melaka termasuk kawasan industri, taman perumahan dan perkampungan di sekitarnya.

"Turut terlibat ialah sepanjang Jalan Muar ke Bukit Gambir hingga ke Kundang Ulu, Parit Sawah, Bukit Serampang, Jalan Sengkang, Jalan Muar Tangkak dari Pekan Sungai Mati hingga ke Persimpangan Jalan Solok.

"Jalan Sialang, Kampung Cohong, Jalan Solok, Bukit Banjar, Pekan Bukit Kangkar ke Teluk Rumbia dan Pengkalan Besar," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Orang ramai yang memerlukan bantuan sepanjang tempoh gangguan itu boleh menghubungi Pusat Operasi SAJH di talian bebas tol 1-800-88-7474 atau menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) ke 019-7727474.

SUMBER: UTUSAN MALAYSIA, 27 JULAI 2009

Tiada ulasan: