PENGUNJUNG SETIA

13 Julai 2009

JELAJAH JOHOR EDISI KEDUA LEBIH MENYERONOKKAN

Ditulis oleh Aivizanoorwani Shah
Isnin, 13 Julai 2009 17:59 | 225 hits
Bersedia...Peserta Jelajah Johor 2009 bergambar beramai-ramai pada hari kedua di Gunung Ledang Resort sebelum bertolak untuk tugasan.

Bersedia...Peserta Jelajah Johor 2009 bergambar beramai-ramai pada hari kedua di Gunung Ledang Resort sebelum bertolak untuk tugasan.

Aktiviti Hari Pertama

Perjalanan seramai 60 peserta Jelajah Johor (JJ) 2009
bagi Zon B meliputi daerah Muar dan Ledang bermula
11 Julai lalu berjalan lancar.

Malam sebelum konvoi berlepas peserta berkumpul di
Bukit Timbalan untuk diberikan taklimat mengenai
objektif program dan jadual perjalanan. Peserta
juga dibahagikan kepada lima kumpulan dengan
setiap kumpulan terdiri daripada ahli kelab Myvi,
jurufoto, penulis dan urusetia Unit Media dan
Komunikasi (Medkom), Pejabat Menteri Besar Johor.

Seawal jam tujuh pagi peserta berkumpul di
tempat letak kereta Danga Festive Street Mall
untuk pendaftaran dan taklimat ringkas.

Kira-kira jam sembilan pagi, konvoi yang
terdiri daripada 23 kereta Myvi dan tiga
kenderaan Medkom berlepas ke Pagoh.

Di Pagoh, peserta berkumpul di Nasuha
Herb and Spices untuk diperkenalkan
kepada penghulu mukim berkenaan dan
ketua-ketua kampung yang terlibat
sebelum bergerak ke tempat masing-masing.

Sepanjang di mukim berkenaan untuk tempoh
kira-kira dua jam, kumpulan-kumpulan
JJ dibantu oleh ketua kampung bagi tempat-
tempat yang dipilih sebagai destinasi program.

Pada sebelah pagi, kumpulan 1 (Spacebar)
melawat ke padang ternakan lembu dan kambing,
program homestay dan aktiviti belia kampung
Jayor manakala kumpulan 2 (Simba) meninjau
River Ranger iaitu sistem amaran banjir pertama
di negara ini, tapak pembinaan Sekolah Agama
kampung Raja dan makam Sultan Alaudin Riayat Syah I.

Kumpulan 3 (Gen 3) pergi ke kampung Melayu,
Panchor dan berpeluang melihat Industri Kecil dan
Sederhana (Aini Frozen Food), Medan Info Desa,
aktiviti di Pusat Bahasa serta diberi taklimat tentang
pembangunan pusat Agro Tourism yang menternak
udang galah ketik biru dan ikan baung.

Sementara itu, kumpulan 4 (Evolution Xtreme)
dibawa ke koperasi Paya Redan dan kolam memancing.
Di kampung Olak Spam pula, kumpulan 5 (Selipar Hijau)
melawat ke bangunan masjid bersejarah, makam
Mat Berani, pusat rawatan dan pemprosesan air,

program kampung indah serta jeti memancing.

Pada sebelah petang, semua peserta berkumpul
di kompleks Penghulu Mukim Bakri dan bergerak
ke kampung yang ditetapkan. Kumpulan Spacebar
meneruskan perjalanan ke kampung Sri Bukit Batu
bagi melihat projek jambatan baru bernilai
RM200 ribu, meninjau perusahaan taugeh,
pembinaan balai raya dengan kos RM120 ribu
dan meninjau Rumah Mesra Rakyat (PPRT).

Kumpulan Simba pula pergi ke kampung
Parit Zin untuk melihat industri pembuatan sarung
parang, melawat ke rumah yang memenangi
pertandingan laman rumah tercantik di mukim
serta dihiburkan dengan nyanyian Hadrah.

Di kampung Simpang Jeram pula, kumpulan
Gen 3 melihat perusahaan tempe dan kek selain
meninjau ke padang ragut ternakan lembu dan
kambing serta melawat ke Sekolah Agama Simpang Jeram.

Sementara itu, kumpulan Evolution Xtreme
melihat pembangunan masjid Dato' Abdullah Jaafar
bernilai RM2.3 juta selain menyaksikan persembahan
seni silat sendeng. Manakala, kumpulan Selipar
Hijau melawat kompleks perumahan guru,
tanaman orkid, Perpustakaan Desa dan meninjau
sistem perparitan tebatan banjir bernilai RM80 ribu.

Peserta menginap di Gunung Ledang Resort, Sagil
dan pada malam itu diadakan malam mesra dan
majlis Penyampaian Hadiah untuk kategori caption
story terbaik JJ zon B yang dimenangi oleh kumpulan
Simba. Artikel terbaik bagi JJ zon A pula dimenangi
oleh kumpulan 2 yang ditulis oleh Nordziakon Husnan
selain turut memenangi ketua blok pertama ruangan
sembang di portal Khabar Orang Johor.

Selain itu, peserta juga menyaksikan tayangan
video JJ zon A, menyertai kuiz dan menyanyi
karaoke yang diwakili oleh kumpulan masing-masing.

Aktiviti Hari Kedua


Pada hari kedua aktiviti program JJ diteruskan
dengan melawat ke beberapa kampung lagi di
mukim Kundang, Sagil dan Kesang.

Kumpulan Spacebar dibawa untuk melihat
projek tali air konkrit bernilai RM1.6 juta di Teluk
Rimba. Kumpulan Simba pula melawat ke Estet
Mini kelolaan RISDA serta projek ternakan ayam.

Sementara itu, kumpulan Gen 3 melawat ke
Sekolah Arab Lughatul Quran di kampung Kesang
Tasik selain melihat aktiviti futsal dan industri
kimpalan manakala, kumpulan Evolution Xtreme
pergi ke Masjid Dato' Abdul Ghani Othman di
kampung Sagil Parit 2 selain berpeluang ke dusun
buah-buahan.

Aktiviti kumpulan Selipar Hijau pada hari
ini lebih kepada kemasyarakatan dengan
menyertai aktiviti masyarakat di balai raya,
ke kebun sayur dan menyaksikan muzik tradisional,

kemplingan.

Kenangan...Ketua kelab MyviXtreme zon selatan, Nordziakon Husnan (kanan) sedang  menyiram pokok yang ditanamnya ditepi pintu masuk PUSPEN Muar.Kenangan...Ketua kelab MyviXtreme zon selatan, Nordziakon Husnan (kanan) sedang menyiram pokok yang ditanamnya ditepi pintu masuk PUSPEN Muar.

Program JJ berakhir dengan lawatan ke Pusat Pemulihan
Penagihan Narkotik (PUSPEN), Muar. Di sini, ketua
kumpulan Myvi Extreme zon Selatan, Nordziakon
Husnan dan Norhafizul Ismail menanam pokok beringin
sebagai tanda lawatan mereka ke tempat itu.

Di pusat itu juga, Peserta JJ berpeluang menyaksikan
pertunjukan kawad oleh penghuni pusat berkenaan.

Selain turut diberikan taklimat mengenai PUSPEN,
peserta JJ juga diberi peluang berkongsi pengalaman
dengan beberapa penghuni di pusat berkenaan.
Mereka turut dihiburkan dengan persembahan
nyanyian oleh kumpulan muzik pusat itu.

Acara terakhir ialah penyampaian hadiah untuk
pemenang kuiz bagi hadiah berkumpulan dan
individu di Hentian Kulai sebelum peserta bergerak
pulang ke rumah masing-masing.

SUMBER: PORTAL KHABAR ORANG JOHOR WWW.MEDKOM.MY 13 JULAI 2009




Tiada ulasan: