PENGUNJUNG SETIA

13 Julai 2009

40 KANAK-KANAK PRASEKOLAH LAWAT PUTRAJAYA


MUAR: Seramai 40 kanak-kanak prasekolah, Sekolah Kebangsaan Parit Kasan (SKPK), Bukit Gambir, Ledang di sini, menyertai Program Melawat Sambil Belajar ke Kuala Lumpur dan Putrajaya, baru-baru ini.

Mereka membabitkan 20 kanak-kanak lelaki dan 20 kanak-kanak perempuan berusia antara lima dan enam tahun yang mengikuti pendidikan prasekolah di sekolah berkenaan.

Guru Prasekolah SKPK yang juga penyelaras program itu, Rahmah Kandir, berkata ibu bapa dan penjaga mereka turut diberi peluang menyertai lawatan itu.

SUMBER: BERITA HARIAN, 13 JULAI 2009

Tiada ulasan: