PENGUNJUNG SETIA

08 Julai 2009

PROGRAM JELAJAH JOHOR KE DAERAH MUAR DAN LEDANG

LEDANG: Pihak MEDKOM Pejabat Menteri Besar Johor akan mengadakan Program Jelajah Johor 2009 Zon B iaitu ke daerah Muar dan Ledang pada 11 dan 12 Julai ini.

Program kali kedua selepas Jelajah Johor Zon A (Kota Tinggi dan Mersing) melibatkan kira-kira 60 orang peserta terdiri daripada kakitangan MEDKOM dengan kerjasama kelab kereta Myvi Extreme memulakan pengembaraan mereka di daerah Muar iaitu di Pagoh dan Bakri.

Para peserta akan bermalam di Gunung Ledang Resort, Sagil. Pada hari kedua pula peserta akan ke Mukim Kundang dan Mukim Tangkak meninjau beberapa kampung yang telah ditetapkan di dalam program itu.

Pada sebelah petang hari kedua, semua peserta akan berada di Pusat Serenti Muar di Bukit Gambir untuk menjalankan program khidmat masyarakat dan beramah mesra bersama pelatih pusat itu.

Tentatif dan senarai peserta boleh dilihat di laman web MEDKOM (www.medkom.my).

1. Tentatif Program Jelajah Johor Zon B

2. Senarai Peserta Program Jelajah Johor Zon B

-iNFOLEDANG

Tiada ulasan: