PENGUNJUNG SETIA

27 Julai 2009

KEMUDAHAN SUKAN SETEMPAT DI KESANG TASIK

Ditulis oleh Norhafizah dan Norarhamna (Gen3/Jelajah Johor)

Lengkap...gelanggang futsal dan sepak takraw sedang giat disiapkan pembinaannya.

Lengkap...gelanggang futsal dan sepak

takraw sedang giat disiapkan pembinaannya.

LEDANG: Penduduk Kampung Kesang Tasik, khususnya
belia, bakal menikmati kemudahan sukan dan riadah
setempat apabila pembinaan Kompleks Sukan Komuniti
berharga hampir RM1.6 juta, siap sepenuhnya di kampung
itu, dekat sini, pada 2011.

Projek yang dibiayai oleh Kerajaan Negeri itu
dibina secara berperingkat sejak empat tahun lalu dengan
dilengkapi padang bola sepak, dewan tertutup,
gelanggang futsal berbumbung, sepak takraw, badminton
dan bola jaring.

Menurut Setiausaha Kelab Sukan Komuniti
Kampung Kesang Tasik, Azfar Idrus, projek yang mendapat
sambutan pelbagai lapisan penduduk itu melibatkan pembinaan
dewan orang ramai dan dua buah gelanggang badminton
dalam fasa pertamanya.

"Fasa kedua pula bermula pada November 2007
dengan melibatkan pembinaan dua buah
gelanggang futsal berbumbung,

"Tanah bersebelahan Sekolah Kebangsaan Kesang Tasik
telah diambil alih dan kerja-kerja pembersihan kawasan,
penambakan tanah serta pembinaan parit dan saliran
dilakukan mengikut jadual, " kata pemimpin muda
berusia 21 tahun itu.

Azfar berkata, kini projek itu memasuki fasa
terakhir di mana kerja-kerja pembinaan gelanggang
sepak takraw, bola jaring, jalan masuk ke kompleks
dan astaka sedang giat dijalankan sejak Mei lalu.

"Kita berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan
kompleks sukan ini dapat dibangunkan kerana mahu
golongan belia kampung memanfaatkan waktu lapang
mereka dengan aktiviti sukan yang berfaedah.

"Selain aktiviti sukan, kompleks itu nanti boleh
digunakan untuk mengadakan hari keluarga bagi masyarakat
sekitar.

"Harapan kami semua dengan sempurnanya kemudahan
ini kelak, pelbagai aktiviti sukan sama ada peringkat kampung,
mukim, daerah malah negeri sekali pun, boleh diadakan
di sini," katanya.

Pembinaan pelbagai kemudahan sukan untuk kampung
berkenaan amat bertepatan berikutan Kelab Sukan Komuniti
Kesang Tasik, adalah antara kelab yang aktif dan cemerlang
dalam beberapa pertandingan.

Antara pencapaiannya adalah menjadi juara futsal di kejohanan
kelab sukan Dewan Negeri Serom 2008 dan futsal terbuka
Muar 2008 serta naib juara kejohanan futsal terbuka Kluang 2008.

SUMBER: PORTAL KHABAR ORANG JOHOR, MEDKOM.MY 27 JULAI 2009

Tiada ulasan: