PENGUNJUNG SETIA

09 Julai 2009

MERAKYATKAN SENI DI KG SAWAH RING SABTU INI

JOHOR BAHRU 8 Julai - Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Johor akan mengadakan program Merakyatkan seni Budaya di Kampung Sawah Ring, Ledang di tangkak, Sabtu ini.

Pengarahnya, Abdul Hamid Muhamad berkata, program dengan kerjasama Pejabat Daerah Ledang itu diadakan bermula 7.30 pagi hingga 11 malam bertujuan mengekalkan semangat gotong-royong terutamanya semasa mengadakan kenduri di kalangan masyarakat berbilang kaum di negeri ini.

"Orang ramai dijemput hadir pada program itu yang diisi dengan pelbagai aktiviti seperti gotong-royong masakan, pameran pelbagai agensi kerajaan, demonstrasi hasil kraftangan dan pertandingan permainan tradisional.

"Turut diadakan pertandingan masakan tradisi, nyanyian karaoke Irama malaysia dan P Ramlee serta Saloma, acara menuai, membanting, menumbuk dan mengemping padi," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Abdul Hamid berkata, majlis penutupan program itu dijadual disempurnakan oleh Menteri Besar, datuk Abdul Ghani Othman.

Maklumat lanjut mengenai program tersebut boleh diperolehi dengan menghubungi pihaknya di talian 07-2248270.

SUMBER: UTUSAN MALAYSIA 9 JULAI 2009

Tiada ulasan: