TONTON ASTRO AWANI

PENGUNJUNG SETIA

11 Julai 2009

TIBA GILIRAN TAHAN DEBARAN

Oleh Junita Mat Rasid
am@hmetro.com.my

TANGKAK: Lima lelaki bakal berdepan dengan hukuman mati atau penjara seumur hidup selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam atas tuduhan menculik seorang wanita berusia 55 tahun dan menuntut wang tebusan RM1 juta, dalam kejadian berhampiran Sungai Belemang, Sungai Mati, 22 Jun lalu.

Semua tertuduh yang berasal dari Serom itu turut bakal menerima hukuman sebatan jika sabit kesalahan mengikut Seksyen 3 Akta Culik 1991.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada semua tertuduh iaitu Alhadi Tukiman, 35, berasal dari Kampung Serom 4; Norizal Md Ali, 27, dari Felcra Bukit Kepong; Chew Ern Tik, 39, dari Taman Desa KSM, Serom 4; Muhamad Taharil Abd Jalil, 19, dari Kampung Serom 4 dan Woon Soon Teck, 23, dari Taman Desa KSM Serom 4,

Mereka dituduh melakukan perbuatan itu pada 22 Jun lalu kira-kira jam 6 petang, di jalan bertanah merah, berhampiran Sungai Belemang, Sungai Mati, dengan niat bersama menahan seorang wanita, Tay Kian Ei, beralamat di Taman Desa KSM Serom 4, untuk mendapatkan tebusan.

Selain itu, tertuduh kedua, Norizal dan tertuduh keempat, Mohamad Taharil turut didapati positif ujian dadah menyebabkan mereka didakwa satu lagi pertuduhan mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Majistret Lydiana Mansur menetapkan 28 September ini sebagai tarikh sebutan semula kes itu.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya, Safiah Abdul Aziz, memohon tarikh sebutan semula kes itu bagi membolehkan pegawai penyiasat mendapatkan laporan siri wang tebusan yang diterima tertuduh dan melengkapkan lagi kertas siasatan kes berkenaan.

Katanya, wang jaminan juga tidak ditawarkan kepada semua tertuduh kerana ia membabitkan kesalahan serius.

SUMBER: HARIAN METRO, 11 JULAI 2009

Tiada ulasan: