PENGUNJUNG SETIA

01 Julai 2009

MINTA WANG TEBUSAN RM1 JUTA


MOKHTAR (tengah) menunjukkan sejumlah wang tebusan yang ditemui semula selepas menumpaskan kumpulan penculik di Muar, Johor Bahru baru-baru ini.


JOHOR BAHRU – Selepas menerima wang tebusan RM650,000, tujuh penculik malang hanya sempat membelanja RM83,024 daripada wang tersebut sebelum mereka ditahan dan baki wang itu dirampas.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, penculik yang terdiri daripada enam lelaki tempatan berusia 19 hingga 35 tahun dan seorang wanita Vietnam berusia 25 tahun telah menculik isteri kepada tauke sebuah kilang di Muar pada 22 Jun lalu.

“Mangsa yang berusia 55 tahun telah diculik ketika sedang beriadah di kawasan Serom 8, Sungai Mati, Ledang, Muar pada pukul 6.30 petang,” kata beliau pada sidang akhbar di sini semalam.

Menurut beliau, selepas melarikan mangsa, kumpulan penculik itu terus menghubungi keluarga mangsa bagi menuntut wang tebusan sebanyak RM1 juta.

Bagaimanapun, katanya, keluarga mangsa yang tidak mampu menyediakan wang tebusan RM1 juta membuat rundingan dengan penculik itu.

“Penculik itu kemudian bersetuju dengan wang tebusan RM650,000 bagi membebaskan mangsa itu,” kata beliau.

SUMBER: KOSMO! 1 JULAI 2009

Tiada ulasan: