TONTON ASTRO AWANI

PENGUNJUNG SETIA

07 Julai 2009

KEHADIRAN TIGA PUTERA MERIAHKAN KEMBARA MAHKOTA JOHOR


Tunku Ibrahim Ismail bermain gasing pada Kembara Mahkota Johor Jelajah Pedalaman 2009 di Kampung Bukit Panjang, Muar, semalam.

BATU PAHAT 6 Julai - Ekspedisi Kembara Mahkota Johor Jelajah Pedalaman 2009 yang diketuai Tunku Mahkota Johor, Tunku Ibrahim Ismail Sultan Iskandar hari ini terus menjelajah ke kawasan pedalaman untuk mendekati rakyat.

Kembara yang masuk hari ketiga itu singgah di Kampung Hang Tuah, Ledang; Kampung Bukit Panjang, Muar; Kampung Dalam Parit Sulong, Batu Pahat dan Kampung Sayong Pinang, Kota Tinggi.

Turut mengiringi Tunku Mahkota sepanjang ekspedisi itu ialah tiga anakanda baginda, Raja Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibrahim, Tunku Idris dan Tunku Abdul Rahman.

Seperti kebiasaannya, di setiap destinasi, rombongan kembara disambut oleh penduduk kampung yang 'menghidangkan' pelbagai aktiviti termasuk sukan rakyat seperti permainan gasing.

Semasa di Kampung Bukit Panjang, tiga putera Tunku Ibrahim Ismail menjadi tumpuan ramai apabila menyertai pertandingan melastik burung polistirena.

Tunku Abdul Rahman dilihat lebih mahir melastik burung berbanding kedua-dua kekandanya.

Kehadiran ketiga-tiga putera itu menarik perhatian anak-anak gadis yang ingin melihat raut wajah putera berkenaan secara lebih dekat.

Sementara itu, golongan ibu pula sanggup berbaris lama semata-mata ingin bersalaman dengan Tunku Mahkota.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Noraini Ahmad turut menaja akhbar Utusan Malaysia sebanyak 1,000 naskah yang diedarkan kepada orang ramai.

SUMBER: UTUSAN MALAYSIA, 7 JULAI 2009

Tiada ulasan: