MUAR: A man in his 30s was gunned down by police after he fired several shots at them.
A squad of policemen was patrolling Jalan Kesang Laut when they came upon the man in a car at about 3.15am yesterday.
Police tried to stop the car for inspection as the man was acting suspiciously.
However, he fired several shots at them.
In response, the cops shot and killed him on the spot.
Johor CID chief Senior Asst Comm II Amer Aw
al said that police found a .38 revolver from the man’s car.
Initial investigations revealed that the man, from Muar, had past records for drug-related and other offences.
“We are checking whether the car was reported stolen,” he said.
1 ulasan:
" Hudud bermaksud hukum-hakam yang telah ditentukan oleh Allah di dalam Al Quran. Ia bukannya slogan politik seperti kata Najib.
Kenapa Hudud dimainkan seperti barangan tiada nilai oleh mereka yang jahil hakikat sebenar Hudud.
Kenapa ada umat Islam terperangkap dalam temporong kejahilan sanggup merendahkan kedudukan Hudud sebagai hukum Allah yang termaktub di dalam Al Quran.
Amat berbahaya! kepada sesiapa juga yang cuba mempermain-mainkan dan mempersenda-sendakan hukum Hudud yang telah ditentukan Allah.
Hudud itu perkataan Bahasa Arab yang bermaksud had-had hukum yang ditentukan oleh Allah.
Tidak patut seorang Islam yang beriman dan mengaku sebagai muslim dan mukmin setiap hari SOLAT LIMA WAKTU mengaku INNA SOLATI WA NUSUKI WA MAHYAYA WA MAMATI LILLAHI RABBIL 'ALAMIN...sesungguhnya solatku dan amal ibadahku dan hidupku dan matiku untuk Allah Tuhan sekalian alam. Pengakuan ini diulang-ulang setiap kali solat.
Kemudian pengakuan SYAHADATAIN: ASYHADU AN LA ILAHA ILLALLAHU WA ASYHADU ANNA MUHAMMADAN RASULULLAH...aku bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan aku bersaksi sesungguhnya Nabi Muhammad itu Rasulullah. Persaksian ini juga diulang-ulang beberapa kali dalam solat.
Kenapa pengakuan dan persaksian ini tidak kita nyatakan dalam diri, sikap, pemikiran, tindakan, fahaman politik, dalam budaya, amalan dan kehidupan sehari-harian kita.
Apa maknanya pengakuan dan persaksian yang diucap dengan lidah, disebut dengan kata-kata. Tiba-tiba apa yang ditentukan oleh Allah kita persendakan dan teruk lagi ditolak dengan pelbagai alasan, ulah dan tipu daya.
Apakah pengakuan dan persaksian yang diucapkan itu suatu yang PALSU semata-mata. Umpama kata-kata orang munafiq yang mengaku beriman, tetapi hakikatnya mereka menipu Allah, Rasulullah dan orang beriman.
Kesimpulan, marilah kita sedari dan insafi bahawa sesungguhnya HUDUD adalah hukum hakam Allah yang telah ditentu-Nya. Ia bukan slogan PAS. PAS hanya meneruskan perjuangan Nabi saw, sahabat-sahabatnya, para ulama sehingga hari kiamat.
Disebabkan di Malaysia hari ini hanya PAS satu-satunya parti politik yang berhasrat meneruskan perjuangan Nabi saw, para sahabat dan para ulama. Kebetulan PAS adalah parti yang berteras Islam dan menjadikan Al Quran, Sunnah, Ijmak dan Qias sebagai asas perlembagaannya.
Wallahu 'alam
Catat Ulasan