BIMBING...dua peserta bergambar bersama bapa angkat mereka, kelmarin.
TANGKAK: Seramai 80 pelajar Politeknik Johor Bahru (PJB) memilih Kampung Simpang 5 Darat, Bukit Gambir, Ledang, sebagai tuan rumah menjayakan Program Siswa Turun Ke Desa (Prosis) 2008.
Program tiga hari dan berakhir kelmarin itu anjuran Jawatankuasa Perwakilan Pelajar PJB dengan kerjasama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Simpang 5 Darat.
Pengarah Program, Mohd Rizuan Halim, berkata Prosis 2008 dianjurkan bertujuan meningkatkan pengalaman peserta mengenai kehidupan masyarakat luar bandar.
Beliau berkata, sepanjang program peserta tinggal di rumah ibu bapa angkat masing-masing supaya mereka turut bersama menimba pengalaman mengenai tugas harian.
Selain itu, katanya, peserta juga digalakkan bergaul mesra dengan jiran dan pemimpin kampung dengan mengambil bahagian dalam kegiatan yang diadakan sepanjang program itu.“Melalui aktiviti harian bersama ibu bapa angkat dan masyarakat setempat, dapat memupuk semangat gotong-royong," katanya.
SUMBER: HARIAN METRO, 30 DISEMBER 2008
SUMBER: HARIAN METRO, 30 DISEMBER 2008
Tiada ulasan:
Catat Ulasan