PENGUNJUNG SETIA

07 Disember 2008

9 PENUMPANG MAUT, 19 CEDERA BAS EKSPRES TERBALIK DI PAGOH

07/12/2008 10:42am

MUAR 7 Dis. - Sembilan penumpang maut, manakala 19 yang lain termasuk pemandu bas cedera apabila sebuah bas ekspres Super Nice terbabas lalu terbalik di Kilometer 146 Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Pagoh awal pagi ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Muar, Supritendan Lee Choon Guan ketika mengesahkan kejadian itu hari ini berkata, kemalangan itu berlaku pada pukul 2.15 pagi sewaktu bas terbabit menghala dari Ipoh ke Johor Bahru.

Beliau berkata, sidang akhbar mengenai kemalangan itu akan diadakan di Ibu Pejabat Polis Daerah Muar pada pukul 3 petang ini - Utusan.

SUMBER: UTUSAN MALAYSIA, 7 DISEMBER 2008

Tiada ulasan: