PENGUNJUNG SETIA

06 Disember 2008

TANDING UNTUK BERI AMARAN - AHMAD YASSIN

TANGKAK : Datuk Ahmad Yassin yang bertanding jawatan UMNO bahagian Ledang menegaskan bahawa tindakannya bertanding pada pemilihan baru lalu sebagai signal kepada pemimpin supaya tidak terus rasa selesa dan bersikap sambil lewa menerajui parti dan membantu masyarakat.

Ahmad Yassin yang tewas jawatan timbalan ketua bahagian Ledang kepada Hamim Samuri tetap berazam untuk berada di barisan utama kepimpinan UMNO bahagian itu pada masa hadapan.

Menurutnya, beliau akan terus aktif dalam politik untuk memenuhi niat ikhlasnya menyumbang bakti kepada parti dan masyarakat Melayu bahagian Ledang.

“Saya akan terus aktif memberikan sumbangan keapda masyarakat khususnya di kawasan Parlimen Ledang sekalipun tewas pada pemilihan kali ini,'' katanya kepada WATAN.

Sehari selepas itu tokoh korporat itu hadir menyampaikan bantuan kepada kanak-kanak pra sekolah bagi kawasan Parlimen Ledang di dewan tersebut ssebagai membuktikan keikhlasannya berkhidmat untuk masyarakat
.

Ahmad tidak kecewa apabila tindakannya memberi bantuan kewangan kepada pelajar-pelajar yang berjaya melanjutkan pelajaran ke menara gading dikatakan sebagai mengamal politik wang.

"Yang penting saya ikhlas membantu mereka sebagai tanda terima kasih saya kepada UMNO yang memberi peluang sehingga berada di tahap kejayaan sekarang," kata Pengarah Urusan Kumpulan Satria Desa Sdn Bhd itu.

Ahmad juga menjelaskan bahawa beliau bukanlah orang baru dalam politik UMNO Cawangan Kesang Laut sebagaimana didakwa sesetengah pihak.

"Saya menyertai UMNO sejak berusia 20 tahun lagi. Cuma saya hanya menumpukan politik sepenuh masa selepas berjaya dalam perniagaan," tambah beliau.

Ahmad berkata, banyak lagi yang perlu dibuat terutama dalam usaha membantu anak-anak ahli UMNO yang hendak melanjutkan pelajaran ke pusat pengajian tinggi.

Beliau juga telah mengambil beberapa anak tempatan yang memegang ijazah bekerja dalam syarikatnya sebagai usaha membantu golongan siswazah menganggur.

SUMBER: MINGGUAN WATAN
Bil: 14/08 Ahad 30 -6 DIS 2008

Tiada ulasan: