TANGKAK: Seorang wanita yang mengeluarkan wang RM20,000 dari sebuah bank berputih mata diragut dua lelaki yang menunggang motosikal, di Bukit Gambir, pagi kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu, mangsa berusia 40-an baru meninggalkan bank sebelum diragut dua lelaki bertopi keledar penuh dari belakang.
Sumber berkata, mangsa dipercayai meletakkan wang tunai di dalam bakul motosikalnya sebelum diragut berhampiran lampu isyarat.
"Kejadian berlaku begitu pantas dan saya percaya pergerakan wanita itu sudah diperhatikan penjenayah ketika dia berurusan di bank itu," katanya.
Difahamkan, mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Bukit Gambir, di sini sejam selepas kejadian berkenaan.
SUMBER: BERITA HARIAN, 2 DISEMBER 2008
Tiada ulasan:
Catat Ulasan