PENGUNJUNG SETIA

02 Disember 2008

TIGA BERANAK MAUT KENDERAAN DIREMPUH TRAILER DI PAGOH

MUAR: Seorang ibu dan dua anak perempuannya maut, manakala suami serta seorang lagi anak perempuan mereka cedera selepas kenderaan pelbagau guna jenis Toyota Fortuner yang mereka naiki merempuh trailer membawa muatan pasir, di Kilometer 142.9, Lebuh Raya Utara-Selatan, berhampiran Pagoh, di sini, malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam itu, Chai Yin Foong, 35, Chan Ying Ying, 10, dan Chan Ai Ting, 6, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan dada.
Suami Chai, Chan Chin Peng, 41, penyelia kilang yang juga pemandu kereta itu dan seorang lagi anak perempuan pasangan itu, Chan Ai Wen, cedera dan dihantar ke Hospital Tangkak, Tangkak untuk rawatan.

Bagaimanapun, pemandu trailer dan kelindannya tidak mengalami sebarang kecederaan.
Timbalan Ketua Polis Daerah, Superintendan Lim Choon Guan, berkata sebuah jentera pasukan bomba dan penyelamat bergegas ke tempat kejadian untuk mengeluarkan mayat ketiga-tiga mangsa yang tersepit di tempat duduk kenderaan.
Katanya, suami mangsa yang memandu Toyota Fortuner hanya cedera ringan dan dirawat sebagai pesakit luar manakala anaknya mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Pantai, Melaka akibat cedera di muka.
SUMBER: BERITA HARIAN, 2 DISEMBER 2008

Tiada ulasan: