PENGUNJUNG SETIA

01 Disember 2008

MERIAH...


PASANGAN mempelai, Nazihah Mohammad Nasir dan Yusrizam Adnan duduk bersebelahan Ramlan Mohamed Ali (dua dari kiri) dan Tun Hisan Tun Hamzah (kiri) pada majlis makan beradab di Muar, kelmarin. – Gambar SUFFIAN ABU BAKAR

Majlis persandingan anak perempuan Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Mohammad Nasir Ramli di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim Muar, kelmarin meriah dengan kehadiran lebih 4,000 jemputan.

Anak kedua Mohammad Nasir iaitu Nazihah, 23, pelajar jurusan Perhubungan Komunikasi di Universiti Utara Malaysia, Kedah, melangsungkan persandingan dengan pasangannya, Yusrizam Adnan, 27, jurutera di sebuah syarikat di Shah Alam, Selangor.

Turut memeriahkan majlis itu ialah Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah serta bekas Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia, Tan Sri Ramlan Mohamed Ali.

Nazihah mula berkenalan dengan pasangannya itu yang berasal dari Temerloh, Pahang sejak tiga tahun lalu hingga membawa mereka ke jinjang pelamin.

SUMBER: UTUSAN MALAYSIA, 01 DISEMBER 2008

Tiada ulasan: