PENGUNJUNG SETIA

07 Disember 2008

SEORANG LAGI PENUMPANG BAS EKSPRES MENINGGAL DUNIA

07/12/2008 6:33pm

MUAR 7 Dis. - Polis mengesah seorang lagi penumpang sebuah bas ekspres yang terbabit dalam kemalangan di Kilometer 146.5 Lebuh Raya Utara-Selatan antara Pagoh dan Tangkak awal pagi ini meninggal dunia, menjadikan jumlah yang terbunuh 10 orang.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi itu, seramai 18 penumpang bas terbabit cedera dan kini dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar (HPSFM).

Ketika kejadian, bas tersebut sedang dalam perjalanan dari Pantai Remis, Perak, menuju ke Singapura sebelum terbabas dan terbalik.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Mohammad Nasir Ramli berkata, sehingga kini, sebanyak enam mayat mangsa telah dituntut oleh waris masing-masing.

Mangsa yang terkorban dan telah dikenal pasti setakat ini adalah dua wanita; Foo Pei Sin, 21, Khor Mooi Hui, 49, dua lelaki; Fuh Mooi Lang, 57, dan Ho Chung Shing, 26, yang dipercayai dari Hong Kong dan seorang kanak-kanak perempuan; Chan Jia Yit, 9.

''Kami masih lagi menyiasat identiti baki lima lagi yang maut yang terdiri daripada dua lelaki serta tiga perempuan yang kesemuanya berketurunan Cina,'' katanya pada sidang akhbar di sini petang ini. - Utusan

SUMBER: UTUSAN MALAYSIA, 7 DISEMBER 2008

Tiada ulasan: