TANGKAK: Seorang wanita bersama teman lelakinya dihadap ke Mahkamah Majistret di sini, semalam terhadap tuduhan membunuh suaminya sendiri di Ladang Kelapa Sawit Pengkalan Besar di sini, minggu lalu.
Tertuduh, Norhayati Wahab, 24, berasal dari Asahan, Melaka, bersama teman lelakinya, Halif Mohamad, 21, dari Jasin, Melaka, seorang pekerja kontrak, dituduh membunuh Mohd Rapi Pungot, 32, (suami Norhayati), di ladang kelapa sawit itu, kira-kira jam 5.20 petang 8 Disember lalu.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama dan jika sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati.
Majistret Mohamad Yasser Mohd Nasri menetapkan 26 Februari ini tarikh sebutan semula kes itu.
SUMBER: HARIAN METRO, 20 DISEMBER 2008
Tiada ulasan:
Catat Ulasan