PENGUNJUNG SETIA

13 Disember 2008

TERKEJUT NAMPAK MAYAT JIRAN

TANGKAK: Seorang lelaki yang memandu pulang ke rumahnya di Bukit Kangkar, dekat sini, tidak menyangka penunggang motosikal yang terbaring di tepi jalan dalam kemalangan maut di Batu 13 Jalan Muar-Tangkak, adalah jirannya.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang, mangsa, Hamidi Mohd@Mohamad, 39, dipercayai dalam perjalanan dari tempat kerjanya di Alor Gajah, Melaka ke rumahnya di Taman Kangkar Jaya, Bukit Kangkar, di sini.

Seorang saksi yang enggan dikenali berkata, ketika dalam perjalanan menghala ke Tangkak, dia ternampak bas berhenti sebelum pemandunya bertanya mengenai apa yang berlaku.

Katanya, apabila menoleh ke kanan, dia ternampak sebuah motosikal dan satu mayat di tepi jalan raya sebelum terus memberhentikan keretanya.

“Saya terkejut kerana mangsa nahas itu jiran saya dan arwah dipercayai dalam perjalanan ke rumahnya di Taman Kangkar Jaya.

“Saya difahamkan arwah bekerja di kilang sarung tangan di Alor Gajah, Melaka dan sudah berumahtangga,” katanya.

Sementara itu, jurucakap polis berkata, mangsa dipercayai dalam perjalanan ke Muar dan motosikalnya dipercayai terbabas dari tempat dia terjatuh dan dipercayai melanggar satu tiang penanda jalan raya.

Katanya, sesiapa yang menyaksikan kemalangan itu diminta menghubungi Balai Polis Trafik Muar di talian 06-9526222 atau balai berhampiran.

SUMBER: HARIAN METRO, 13 DISEMBER 2008

Tiada ulasan: