PENGUNJUNG SETIA

08 Disember 2008

DOKTOR BEDAH TERKORBAN

MUAR: Doktor bedah warga negara Hong Kong antara 10 yang maut dan 18 cedera dalam kemalangan bas ekspres yang terbabas sejauh 200 meter sebelum melanggar sebatang pokok di tepi laluan dan terbalik di Kilometer 146.5 Lebuhraya Utara Selatan menghala ke Johor Bahru di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, tujuh mangsa maut di tempat kejadian manakala tiga lagi meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) serta empat daripada 18 yang cedera diberikan rawatan sebagai pesakit luar.

Kemalangan itu berlaku ketika bas ekspres dipandu lelaki berusia 26 tahun dalam perjalanan dari Pantai Remis, Perak menuju Singapura dan ia bertolak dari negeri berkenaan kira-kira jam 7 malam kelmarin.

Kemalangan itu menyebabkan bumbung bas ekspres berkenaan tercabut selain remuk akibat merempuh sebatang pokok di tempat kejadian.

____________________________________________________________________

DENGAR JERITAN

MUAR: “Saya naik marah apabila bas terhoyong-hayang ketika sedang nyenyak tidur sebelum tiba-tiba terdengar jeritan penumpang lain dan keadaan jadi kelam-kabut sehingga bas terbalik,” kata seorang mangsa wanita, Liow Wan Jun, 43, ketika ditemui di tempat kejadian di sini, semalam.

Liow berkata, dia dalam perjalanan balik ke rumahnya di Johor Bahru bersama anak lelaki berusia 16 tahun dan anak perempuannya berusia 12 tahun, selepas menziarahi ibunya selama beberapa hari sempena cuti sekolah di Pantai Remis, Perak.

Menurutnya, ketika menaiki bas kira-kira jam 7 malam kelmarin dari Pantai Remis, hatinya gelisah kerana bimbang kerana kebiasaan bas yang dinaiki pada waktu malam akan dipandu laju, tetapi tetap meneruskan perjalanan kerana sudah membeli tiket.

SUMBER: HARIAN METRO, 8 DISEMBER 2008

Tiada ulasan: