PENGUNJUNG SETIA

08 Disember 2008

BUDAK ENGGAN BERGANJAK TUNGGU DATUK TERSEPIT

MUAR: Seorang budak perempuan berusia lapan tahun yang cedera kening enggan berganjak daripada tempat kemalangan kerana mahu menunggu datuknya yang ditemui mati tersepit di dalam bas ekspres yang turut mengorbankan sembilan yang lain.

Poh Yuen Yee adalah antara 13 mangsa awal diselamatkan dan dibawa keluar daripada bas sebelum dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) untuk rawatan lanjut.

Seorang saksi yang enggan dikenali berkata, apabila ambulans sampai di tempat kejadian dan ingin membawa Yuen Yee ke hospital, kanak-kanak itu enggan mengikut sebaliknya mahu menunggu datuknya yang masih tersepit di dalam bas berkenaan.

Katanya, Yuen Yee bersama datuknya, Poh Meng Lai yang maut di tempat kejadian dalam perjalanan dari Ipoh menuju ke Singapura dan hanya bersetuju ke hospital selepas seorang saksi membantu menghubungi bapanya di negara jiran berkenaan.

"Selepas dipujuk dan berbual dengan bapanya melalui telefon bimbit, kanak-kanak perempuan itu baru bersetuju untuk menerima rawatan dan dibawa ke HPSF.

"Beberapa minit selepas kanak-kanak perempuan itu dibawa ke HPSF, datuknya ditemui mati tersepit di tempat duduknya," katanya.

SUMBER: BERITA HARIAN, 8 DISEMBER 2008

Tiada ulasan: