PENGUNJUNG SETIA

08 Disember 2008

KORBAN MASA TIDUR


MAYAT beberapa orang mangsa ditutup, sementara usaha dilakukan bagi mengeluarkan
penumpang-penumpang lain dalam tragedi kemalangan bas dekat Tangkak awal pagi semalam.


MUAR – Sebuah bas ekspres membawa 26 penumpang dari Pantai Remis, Perak ke Singapura terbabas sebelum terbalik di Kilometer 146, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Pagoh awal pagi semalam dan mengorbankan 10 orang. Kebanyakan mangsa sedang tidur, ada yang mati serta-merta di tempat kejadian.


BUMBUNG bas Super Nice Grassland yang remuk selepas nahas.

Mereka yang terkorban dalam kejadian pukul 2 pagi itu ialah enam wanita dan empat lelaki, manakala 18 lagi cedera dan dirawat di Hospital Pakar Sulta- nah Fatimah (HPSF) di sini.

Mangsa wanita yang terbunuh ialah Foo Pey Sin, 21; Kho Mooi Hwa, 59; Ng Siew Woon, 12; Ng Ah Hwa, 40; Ho Lee Lee, 42; dan Chan Jia Yit, 9.

Mangsa lelaki pula Poh Mooi Lang, 57, dan Ho Chung Sing, 40, seorang rakyat Singapura.

Identiti dua lagi mangsa lelaki belum diketahui.


Jia Yit menjadi korban ke-10 ketika menerima rawatan di HPSF petang semalam.


SEGARAN ditemani ibunya, Papathi semasa dirawat di HPSF, Muar semalam.

Seramai 14 lagi mangsa yang tercedera termasuk dua pemandu masih dirawat di HPSF, manakala empat lagi mangsa dirawat sebagai pesakit luar.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Mohammad Nasir Ramli berkata, kedua-dua pemandu terbabit berusia 38 dan 26 tahun akan ditahan selepas mereka dibenar keluar wad untuk siasatan.





SUMBER: KOSMO! 8 DISEMBER 2008

Tiada ulasan: